Saturday, November 14, 2009

penyibuk yang sibuk



8,9,10 hb 11 yang lalu, aku telah keluar dari rumah.. aku diusir keluar dari rumah sewaku sendiri.... ya, saat-saat inilah drama yang saya nanti-nantikan selama ini. diusir keluar dari rumah sewa sendiri.. ok, tipu, bukan diusir keluar tetapi keluar rumah tanpa balik rumah tidur selama beberapa malam.. 2 malam yang sangat2 pendek.. hehe..T_T namun begitu, patung shin chan dan bantal happy feet empuk tetap ku bawa ke hotel de palma inn dengan perasaan tidak malunya.. heheh.. orang pandang-pandang saya pandanglah mereka balik.. hehe..

jumpa dengan kakak sulung sanagat mengujakan, boleh jalan2.. jalan-jalan? lebih tepat kalau ianya dipanggil sesat.. hehhh

sesat,, sesat sekali, memang berbeza tempat orang dengan tempat sendiri,,

give credit to the hotel... memang best... bilik and services pun ok, mantopp.. dekat dengan serai.. bukan serai yang digunakan untuk memasak itu, tetapi SERAI.. sekolah rendah agama integrasi.. hehe..

saya bersama mereka untuk membantu, ok,tipu.. memberi sokongan, ok,tipu lagi.. sebenarnya hanya ingin menyertai mereka dan kumpulan mereka sahaja.. lebih kurang macam mengisi masa lapanglah kiranya... tiada kelas, duduk rumah pun boring,, tak tahu nak buat apa-apa, jadi ambil langkah jumpa kakak sulung..hehhhh

selama tiga hari berturut-turut saya mengunjungi shopping complex yang sama.. bangunan tiga bermuda.. heheh... yang pertama, pergi window shopping sorang sorang,yang kedua, dengan kakak, dan yang ketiga dengan rombongan meminang cik kiah.. ok, lucu, dengan rombongan lawatan.. hehhe..peace...

malam sebelum balik, kami pergi ke downtown, sempatlah sambar beberapa barang yang cute2 terutamanya lagging dan baju kotak mancis T_T.. ok, baju kotak2...

pengalaman bersama mereka memang yang terbaik wokk... rindu dengan keramahan kak wahiddah... yalah, pergi breakfast kat cafe hotel tu pukul 9.. balik naik bilik pukul 10.30 lebih kerana sibuk bercerita memanjang tentang isu2 semasa yang menarik sehingga tidak sedar diri untuk naik ke bilik berkemas.... heheh....

dan, saya menghantar mereka ke lcct, masa balik tu plak.. saya nak pergi tandas, then my driver (i yang jadi co-driver,T_T), raj, salah masuk simpang.. aiyoo raj,, so comel lah u.. hehe.. nasib baik i dapat tahan tau, kalau tak,, habislah i.. T_T... kalu sekali tak pe ini dua kali terlimpas simpang.. kena jalan arah yang jauh dari rumah.. T_T.. home bye home... T_T.. hehhh.... oh, sebenarnya hampir salah simpang untuk ketiga kalinya, tetapi luckily, kami cepat tersedar, nasip baik sempat belok kan kan kan raj? hehh.... kalu tak? adoyai....

pengalaman bersama mereka memang best dan merupakan suatu kenangan yang terindah.. :)

kata kak wahidda : ;kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput kakak ya..:)'.. hehhh.. aiseseseese... InsyaAllah kak.. hehehhh

No comments: