Wednesday, October 28, 2009

Keajaiban mampu mengubah dunia
Walaupun dalam sekelip mata,
Benci menjadi sayang,
Kawan menjadi lawan,
Musuh menjadi teman,
Dimana kita hanya tahu menunggu saat itu,
Tanpa kita berusaha mendapatkannya,
Bukan begini, bukan begitu,
Ayat yang sering kita ungkapkan,
Mengapa begitu, mengapa begini,
Persoalan yang kita sering soalkan,
Lumrah dunia,
Tiada yang sempurna…


Kita manusia,
Kita hamba-NYA,
Kita hamba sebab kita adalah manusia yang diciptakan-Nya,
Kita sering lupa, kita sering alpa,
Untuk tunduk kepada-Nya,
Seorang penyair pernah berkata,
Untuk menegakkan syiar agamanya,
Tapi kenapa manusia tidak membantunya,
Kenapa kita lalai setiap suruhan-Nya,
Kenapa kita ingkar kepada-Nya,
Cuma satu jawapannya,
iaitu diri dan jiwa kita


Hati dan perasaan,
Dalam hati ada 1001 perasaan,
Zahirkan kegembiraan,
Nafikan kedukaan,
Salahkah untuk mempunyai hati yang ada perasaan,
kenapa ia wujud,
Tapi salahkah jika ianya wujud
Sampai bila ia harus dinafikan,
Namun perasaan itu harus diusir demi mencapai sebuah jiwa yang tenang,

Sang Syaitan berbisik kepada kita,
‘marilah manusia mari kemari,
mari kita bersuka ria`
Betapa lemah jiwa manusia,
Lantas terpengaruh oleh hasutannya,
Betapa rendah iman kita,
Menuju keseronokan duniawi semata,
Walhal kita lupa siapa kita..


Wuduk menjadi penyejuk hati,
Lantas sejadah terus dibentang,
Tunduk menghadap Yang Maha Pencipta,
Mengangkat tangan mohon keampunan,
Mengalirkan air mata atas segala dosa dan noda,

‘Ya Allah, Ya tuhanku, aku berdosa kepadamu,
Aku leka dengan duniaku,
Solatku hanya solat,
Mengajiku hanya sebaris ayat
Layakkah aku menjadi hamba-Mu yang taat’
‘Aku mohon, aku merayu,
Ampunkan dosaku yang lalu,
Kerana aku ingin mendekati-Mu,
Kerana aku cintakan-Mu’


Alangkah indah jika kita dapat mencapai ketenangan yang sejati.. manusia…, leka, alpa, hanyut dalam keseronokan yang manusia ciptakan.. dunia memang indah, terlalu indah, bahkan inilah yang digelar keseronokan.. tak salah, tapi tak betul, hanya fikiran kita yang menentukannya…. Salah betul, buruk baik, padah manfaat,.. semua.. semua itu kita yang yang tentukan.. sebab kita yang memilih.. adakah pilihan kita salah.. adakah betul.. keputusan tak pernah salah, sebab kita telah diberikan akal untuk berfikir sebelum membuat keputusan, Cuma hasutan dan bisikan yang mempengaruhi kita untuk memilih keputusan yang salah…

Tuesday, October 27, 2009

macam-macam

At this moment, I tengah layan lagu nyanyian feelhoney, sebuah kumpulan nasyid indie.

Tetiba ada bunyi bising.. kereta lalu ulang alik..

Silent please… silent.. I mean enough.. bak kata anie ‘diam!’ if I bebel sorang sorang tentang sesuatu perkara yang tak patut dibebelkan, even, if I tak puas hati kenapa tissue gia*t cepat sangat terkoyak berbanding tissue2 murah yang lain. harga sama tapi kualiti sangat berbeza.T_T. or if I tanya sesuatu yang aneh.. ‘kenapa ufo tak mendarat kat depan rumah kita ya, adakah kerana rumah kita ni bersepah?’.. atau ‘kenapa lagu itu bernada aneh?’

Dah habis lagu tu.. tukar lagu lain. ‘how can I tell her’..

Lagu ni membuatkan saya rasa lebih..

She`s cry when I`m sad,
She`s up in a good time,
She`s down at the bad,
Whenever end is courage,
She know just what to do,
But girl, she doesn`t know about you

How can I tell her about you,
Girl, Please tell me how to do,
Everything seems right whenever i`m with you,
So girl want to tell me, how to tell her about you,

Oh girl, help me tell her about you,

Tetiba feeling plak.. T_T

Tukar lagu.. and perfect, coz my lappy so cute until ‘hang’ tak pasal2.. T_T… adakah ini petanda untuk meminta lappy yang baru lagi canggih? ^^, Ok, fine, Natalia, forget it… u totally dream about that…T_T..sigh.

Terpaksa dengar untuk beberapa minit seterusnya, suatu penyeksaan jiwa I guess.. T_T

Layan fb, ok.. suma mengarut. Surf internet. Check email and that`s it.. an email…. But now, should I read it or just delete it..? ok, think tomorrow, tomorrow never die.. T_T..

Now, read my sis`s blog.. ok, funny, sampai I ketawa terkekek kekek…

Ketawa sampai boring dan zzzzz.. daa………..

Monday, October 26, 2009

aku membaca blog kawan aku.... sangat menyentuh perasaan... dia masih macam dulu..tidak berubah.. syukur aku ucapkan kehadrat Illahi kerana masih menyayanginya... dalam diam, aku tersentuh dengan apa yang dia tulis.. dia adalah seorang penyair yang selalu berduka. Namun kehadirannya menjadi inspirasi. Menyembunyikan kedukaan menzahirkan kesenangan. sunguh, hatiku terusik... seorang abid yang sentiasa taat pada perintah-Nya.. seorang hamba yang sentiasa tak lepas dari ingatan kepada Allah s.w.t.. sentiasa memberikan kata kata semangat kepada yang berduka..

sedangkan aku..? yang penuh dengan kelalaian dan kesilapan yang sering membuatkan sang syaitan ketawa bersenang hati, aku ingin menjadi seorang abid yang taat.. seorang abid yang sanggup berjuang kerana-Nya.. tapi aku sendiri membenci hatiku.. aku tidak dapat menahan godaan syaitan.. aku benci itu!! aku benci!!..

seringkali aku sujud, aku teringat segala dosa dosa dan noda waktu usia mudaku... aku malu bertemu dengan tuhanku.. malu..

Saturday, October 24, 2009

how to look good on picture dengan cara saya

It`s not about how beautiful you are, how expensive your camera and how much do you paid for the photographer. It`s all about your computer, I mean.. ADOBE PHOTOSHOP, PICASA 3 and PHOTOSCAPE. Why I said these softwares? Because you can download these softwares with free from internet.. no money will go on...T_T.. it can make a lot changes of your pictures .. from beast to the beauty.., you can edit your pictures as you want.. just a little bit of technique, maybe you can be an angle. believe that? T_T… futhermore, you can give some feel to the picture, it so awesome!.. but please.. please.. not over edit until you nose become so mancung like pinochio`s nose..T_T..

This what they told me….You must have self-confident in front of the camera… even you are unpretty like me.T_T.. but if you stand with the confident, you will be the most gorgeous woman in your life… thrust me sweety ^^,.. your pose also should be good..but please please please, jangan over acting..


beberapa gambar yang i edit guna these softwares..















after read this entry, maybe, some of them will say 'so?' dalam hati.. haha.

Friday, October 23, 2009

surat untuk nida

pernahkah anda menyatakan bahawa anda menyanyangi sahabat anda?





Ucapan buat kawan2ku…

Thanks for being my friends. I know it`s not easy to be my friend coz I nie banyak bebel sorang, I know most of u buat2 gelak bila I buat lawak… Sebab korang tak faham lawak apa yang I buat. I lagilah tak faham lawak I sendiri..T_T.. Tapi korang tetap gelak sebab nak jaga hati i.  korang sangat sweet… thanks sebab korang selalu ingtkan aku bahawa dunia ni tak selamanya indah.kadang kala jatuh bangun senang susah, payah mudah memandangkan aku nie selalu leka dengan duniawi.. (buruk perangai).. T_T… selalu bantu aku bila aku dalam kesusahan, selalu teman aku… jatuh bangun hidup aku korang ada bersama. Selalu kutuk aku, sebab korang bukannya kawan yang mengampu.. aku tak kesah semua tu….. T_T.. hihihi…. Selalu bagi nasihat sebab aku ni nakal sikit dan suka main-main,seronok-seronok, dapat peluang lari buat kerja lain…T_T ..teruknya saya nie… selalu bagi aku makanan yang best –best.. sebab korang selalu kutuk aku kurus kering,… I dah gemuk sikit tau skang.. hihihi

Nida,

walaupun jauh tapi sedar tak sedar kita dah kawan nak dekat lebih 8 tahun.. aku kenal ko masa aku budak standard 6.. betul tak? Betullah tu.. aku masih ingat lagi ko anak tauke yang paling pemurah dan paling comel sekali… ^^, kita selalu beli mee kat bahagian tempat cikgu. Ingat tak? Kalu kau nak tau.. aku dulu ketua pengawas kan.. akulah yang cover tu.. Hahah….aku kelentong je sapa2 yang mempertikaikan kenapa kita boleh kat situ.. nak jadi anak cikgu…? huh… jauh sekali simpangnya….T_T

Then, kita masuk sekolah menegah JB sama2.. ko jadi ketua kelas dan aku penolong sebab ko lebih besar dari aku jadi dorang lebih takut dengan kau. Aku lembut tapi tak lemah. Kau selalu cakap ‘andi, tegaslah bha sikit!.’. jejejeje…. Perasan I u know… ^^, kita masuk pejabat sekolah suka hati sebab nak jumpa P.P stand for penyelia petang.. bajet pejabat tu macam bapak kita punya kan kan kan..? ^^, ingat tak kita selalu masuk bilik penyelia petang lebih lebih kalau lepas exam sebab madam suruh kita semak balik report card student kalu ada yang tinggal tandatangan ke, markah ke? Tulisan comot ke? Dan lain lainlah…. sampai kita dicop sebagai ‘anak teacher’ kau selalu cakap ‘kau apahal?’.. tapi kita tak penat langsung walaupun seharian duduk dalam pejabat tu malah seronok… sebab yalah, bukan semua boleh masuk bilik teacher tu macam kita masuk kan. Sampai boleh main-main, menari-nari, berlari-lari... macamlah kita ada share dalam bangunan sekolah tu kan kan kan.. ^^,?.. I miss u a lot nida.. could I return those memorise? I wish I could.. lagi, selalu bawak aku pergi rumah kau yang sejuk tu sebab rumah kau ada laut… mak kau masak memang sedap.. rindu nak makan rempeyek kau lagi.. T_T… oh ya, ada satu pengakuan, ingat tak masa kita bergaduh tu and then aku cakap teacher mau jumpa kita, tapi sebenarnya tidak..(matilah aku lepas nie…T_T,) sebenarnya, aku guna alasan tu untuk berjumpa dan bercakap dengan kau je, clearkan mana yang tak clear, kita salah faham waktu tu.., tapi kau buat layan tak layan je, kau terus blah macam tu je bila kita tau teacher tiada dalam pejabat (syukur waktu tu dia tak ada, kalu tak, apa aku nak jawab)…. Waktu tu, aku takut. Takut sangat sebab nanti kau tak nak kawan betul-betul dengan aku… T_T.. balik kelas jer, kau tak duduk tempat kau (meja kau sebelah meja aku) kau duduk di sebelah meja si Dawirah.. yang paling aku sedih tu, boleh plak kau angkut suma buku buku kau duduk sebelah Dawirah… aku rasa kosong masa waktu tu.. kosong…. Kalau kau perasan waktu tu, aku menangis kat tempat duduk aku…. Then, kau selalu ajar aku English kan kan kan… ^^, aku masih ingat kau dapat 27/30 dan aku Cuma dapat 24/30, aku ni loading slow sikit….. then aku kena denda dengan teacher sebab teacher nak 25/30 keatas T_T.. pusing bangunan sekolah sambil angkat kerusi, kau Cuma perhatikan aku dari jauh, then rehat tu kau belikan aku gula-gula di kantin kaler merah pembalut gula-gula tu.. ^^. So sweet… aku sebenarnya tak kesah pun kena denda tu sebab bukan aku kena denda sorang2, banyak lagi jemaah yang lain. T_T.. dan lagi satu, aku bukan angkat kerusi pun, aku seret je… ^^, peace.. English aku cemerlang waktu tu tapi bahasa melayu aku plak yang turun… T_T.. idioms boleh, pepatah sangkut.. T_T

Tapi sekarang aku dah tak kuat nangis tau nida. Aku jadi lebih tabah.. ^^,.. kita dah tak jumpa 2 tahun lebih tapi kau selalu kol aku.. aku kol kau bila aku free je.. aku masih ingat tentang kejadian sejarah sedih tu.. aku sedih sangat. Aku menangis untuk sekalian kalinya.. tanpa kau sebagai sahabat aku.. aku pun tak tahu camana aku akan melalui hari-hari yang akan datang… kau tahu bila waktunya aku gembira dan sedih sebab aku ni hanya ketawa dan senyum je padahal dalam tawa senyum aku tu ada segala seribu satu masalah dan kesedihan… kalau kau masih ingat kau pernah cakap dengan aku.. ‘andi, kau tak boleh tipu aku, aku tahu kalu kau sedih atau gembira’ dalam telefon bimbitku yang kaler merah tu.. T_T.. kalau kau nak tahu.. di saat itu aku menitiskan air mata yang dah lama aku tak titiskan sebab aku terharu dengan keikhlasan kau dengan aku..

kau still tegas dengan aku walaupun kau sebenarnya manjakan aku..T_T. kau selalu tidak mengiyakan apa yang aku cakap sebab kau bukan jenis yang mengampu kawan… dan kau tidak pernah lupa mengingatkan aku, kau selalu ingatkan aku tentang agama, jaga aurat, jaga aurat dan jaga aurat, jaga solat, solat dan solat, jaga pergaulan.. sebab kau tau aku ni jenis yang suka berkawan dengan orang.. dan kebanyakan kawan kawan aku lelaki… kau marah aku.. ‘napa jugak kawan banyak-banyak lelaki.. susah nanti..’ aku pun dengan selamba jawab.. ‘alah, kawan jak bha… ‘ dan kau mengulas ‘kawan-kawan jugak, tapi nanti kalau ada apa-apa jadi dengan kau na.. sapa mau jaga? Aku ni jauh tau!’.. dan aku jawab dengan selamba. ‘yalah yalah.. ‘. Dan tidak lama selepas itu, aku jarang keluar dengan kawan kawan lelakiku… sorang dua yang ok tu adalah.. kau selalu protective aku terutamanya bila kawan-kawan buli aku.. ko selalu gertak dorang....^^,.. aku tahu aku degil kan nida,… kau pun ada buli aku dulu… kan kan kan.. ^^,. itu hobi tu.. T_T.. ko jarang puji aku depan depan sebab kita tahu pujian hanya melalaikan kita sebagai manusia biasa….

Banyak yang aku nak tulis, terlalu banyak.. persahabatan kita bukan hanya setakat tulisan sebanyak ini, bukan hanya perkataan sependek ini.. Cuma ianya tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata… hanya kenangan dan erti persahabatan yang sebenar… persahabatan yang terjalin antara kita adalah sesuatu yang sangat sangat berharga buat aku.... setiap detik yang terjadi akan aku ingat sampai bila bila.. kadang kala bila aku down aku selalu berdoa kau akan ada disisiku.. bangunkan aku.. sedarkan aku.. tapi kita jauh.. jauh….


nida, kau tahu kan aku ni jenis yang susah meluahkan perasaan dengan orang dan kuat bebel sorang sorang kan.. kan kan kan,? jadi aku mengambil keputusan untuk tulis di blogku yang tidak seberapa ini.. kalau kau baca blog ni.. aku buat entry ni sebab aku rindukan kau.. rindu sangat sangat dengan kau.. andai umurku tidak panjang, ajalku sampai dahulu.. aku mohon, mohon ampunkan segala dosa dosa aku dengan kau dulu dulu… ajal maut di tangan Tuhan… Allahualam……

kepada anda yang masih belum mengatakan bahawa anda sangat menyayangi kawan anda, anda masih sempat untuk mengatakannya sebelum anda terlambat

Wednesday, October 21, 2009

10 hadiah yang takkan dilupakan

banyak hadiah yang saya terima.. and i`m very appreciate those.. so so so lovely... even not expensive but i still LOVE IT so much. seriously i do, ^^,

10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI UNTUK ORANG TERSAYANG

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. (ok, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. T_T, sigh.)

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. (pastikan suma halal disisi agama.. wink..wink...jangan dok menggatal peluk cium segala walaupun tak halal)

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi. (saya suka yang ini..^^, my sister make a shout out post to my mum in the kitchen.. SELAMAT HARI IBU, KAMI SAYANG MAMA.. kind of thatlah.. ^^,)

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” (pastikan ketawa itu ikhlas, janganlah kita buat-buat ketawa padahal cerita yang kita dia sampaikan satu apa pun kita tak faham. kesian dia.. T_T.

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.( tapi lebih baik mengaku jelah kalu masakan tak sedap, ia akan lebih dihargai kerana anda bersikap jujur, kalu terlebih masin cakaplah masin, ini tak, garam satu sudu besar, bubuh dalam makanan, orang kata. emm.. manisnya.. pandai awak masak.. T_T. anehnya..aneh)

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.(untuk selama-lamanya pun tak apa, saya rela (6_6)

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.(bukan dalam bilik termenung baru kita nak hadiahkan wak tu bersendirin ye.)

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. (jangan buat2 ceria, ianya akan membuatkan kita jadi aneh)

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang. (lebih baik kita buat2 kalah, konfom orang yang kita sayang akan tersenyum lebar)

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.(amin)


ini adalah hadiah yang takkan dilupkan untuk kamu dan saya... hadiah yang lain pun sangat beerti.. ianya sesustu kenangn yang takkan dilupakan kerana ianya menunjukn betapa dalamnya perasaan kamu terhadap orang yang kamu sayang... saya sayang kamu semua.. ^^,

Fashion

‘Andi, can you comment about fashion?’… and I answered.. ‘fashion is random… fashion is something that we as a women or a girl should be proud of because it can make you look gorgeous… and bla..bla..bla..’





fashion that i lost most.... baju moden but still tradisional.. from the magazines


I`m not fashion designer or fashionholics.. i`m just simple as 1 2 3 4.. simple… when people ask about fashion i`m always laughing.. u ask to the wrong person….. i`m always wear the jeans, t-shirt, long skirt… and so onlah…except, for the dinner, that time, I wear the most fabulous outfit… sesuailah dengan majlis… tak kan pakai t-shirt je kot… pakai kenduri kahwin pakailah baju kurung ke kebaya ke, jubah ke kan, tak pun pakai gaun pengantin, konfom pengantin mengamuk punya. Ni majlis sapa ni? Kamukah saya? ^_^… pergi jogging pakai baju sukan (takkan pakai gaun punya)….

I love fashion… but not too much… kalau diikutkan, rata-rata kawan saya mempunyai fashion yang high-class with their high heels.. ok, high heels.. I got high heels and that high heels mambuatkan kaki saya kaki… kalau saya pakai high heels pun, kawan selalu kutuk ‘tak cukup tinggi lagi ke.. ke nak sama tinggi dengan tiang?’.. T_T… apalah dosa aku…. Y_Y.. hahaha, tapi takpa, itu suma komen yang sangat membina dan sekarang nie saya lebih suka memakai flat shoes… guna high heels hanya untuk majlis2 tertentu dan hari rasmi… waktu tu sesapa yang kutuk memang nak kena pijak guna kasut tumit tinggi…. ^^, yalah, pakai salah, tak pakai salah… T_T..

Teringat plak bila I dapat jadi fashion designer dalam talk show untuk English for academic purposes.. woo… Awesome… greato.. during tanya I jawab.. betulkah tidak I pun tak tahu.. ^^,. Tapi apapun, thanks to kak Alicia coz drawing of the hottest fashion for me.. I ingat lagi.. waktu tu I tak da bahan nak tunjuk kat audience.. then, nasib kak lice ada sketch picture beberapa fashion untuk talk show tu, kalu tak habis i.. T_T..





gambar kak alice dan saya.. gambar nie dah lama dah.. dulu2 punya gambar.. nie je gambar saya dan kak alice yang saya ada... muda2 dulu... otak dan perangai still ayu gitu.. hihihi.. (6_6)...


Fashion yang kak alice buat memang best… I tak tahu yang dia boleh jadi the real fashion designer (tapi dalam medic gak.. haha).. kalu saya tahu, dah lama saya cop dia untuk jadi fashion designer saya.. dengan kadar bayaran yang murah coz bajet.. ^^, hihi.. love u kak alice.. oh ya.. sayang tidak dapat upload gambar tu coz I lupa nak amik pic.. … I suka baju kebaya yang dia buat tu… sangat sweet… nasib raya dah lepas.. kalu tak.. saya suruh dia buat banyak2 fashion dan saya tinggal tunjuk je kat kedai jahit.. haha..

Tuesday, October 20, 2009

BROWNIES




BROWNIES..


Sebenarnya brownies ni saya cadang nak buat untuk kawan saya.. anie sempena deepavali special.. tapi tak kesampaian plak coz oven tiada …. So, sapa2 yang ada oven ni.. bolehlah try resepi yang saya dapat ni k.. ^_^.. selamat ,mencuba.. tapi jangan lupa baca bismilah tau.. hihi…

*Hidangan : 36 keping*

*Bahan-bahan*

1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna

¼ cawan (30 g) serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

½ sudu kecil soda bicarbonate

1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts ? dicincang

125 g butter

200 g coklat masakan, dicincang

1 cup (250 g) gula kastor

2 biji telur, dipukul sedikit

1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream)










*Chocolate topping*

150 g (5 oz) coklat masakan

½ cawan krim masam (sour cream)



*Caranya:*

* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.

* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.

* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air
tidak termasuk kedalam butter dan coklat).

* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.

* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.

* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang
tadi.

* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga
semua bahan-bahan sebati.

* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 ? 35
minit (atau sehingga masak).

* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.










*Cara membuat topping:*

* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak
termasuk kedalam butter dan coklat).

* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.

* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan
berkilat.

* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan
macadamia nuts yang berlebihan.

* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.



*Variasi:*

* Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts



Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan
ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim…………


selamat mencuba

Persolan lagi...

Terlalu banyak persoalan.. terlalu banyak jawapan… lumrah kehidupan.. setiap jawapan ada persoalan, setiap persoalan ada jawapan… setiap jawapan ada alasan yang kukuh.. it that so..? I don’t know too.. even me, full of questions that there are no anwers for that questions.. but, the questions need the answers, right?.. some people said that persoalan adalah sesuatu yang abstrak, bukan frekuensi which kadang kala timbul kadang kala tidak…. Persoalan adalah sesuatu yang melibatkan reality… reality kehidupan…


‘Setiap persoalan yang timbul adalah disebabkan oleh kehidupan yang reality…’


I really don`t have any ideas for that…. Seriously I don`t… T_T.. I think I should understand what the meaning of the quote ^_^… I mean later k?… coz many works to do here.. T_T..


i`m always being eager and always asking ‘why’.. saya Cuma mahu tahu ‘kenapa’.. pelik kan? Bukan semua orang boleh menerima orang yang selalu menimbulkan persoalan like me T_T… kawan saya selalu cakap.. ‘yang ko sibuk2 nak tau ni kenapa?’ T_T… dan saya selalu jawab.. ‘bukan sibuklah tapi amik berat’ ^_^. Salahkah jika sesuatu persoalan itu timbul.. bagi mereka mungkin ya, salah sebab ia merimaskan.. but for me, it have to… they ask me and I answers it.. so simple… even durang tanya saya buat apa walaupun ketika itu mereka sedang melihat saya makan.. saya tetap akan jawab dengan jawapan ‘goreng minyak’.. T_T.. mungkin terlalu jauh terpesong daripada jawapan yang betul, but it still the answer… right?.. and biarpun the answer is ‘tak tahu’, yet, it still the answer..  apa perasaan anda jika anda bertanya dan orang itu hanya diam seribu bahasa sahaja… pelik bukan…? Menjadikan kita lebih curious lagi… eager to find the answer why.. T_T.. all we need is the answer..ANSWER…. I repeat.. ANSWER…T_T. then…? Is that so hard guys..? sigh~. Even exam questions pun need answers, terutamanya dalam MCQ(multiple choice question.. ala.. yang ada abcd tu. ^_^)… jawapan dah ada di situ, tinggal pilih je jawapan yang betul.. korang mesti jawab juga kan.. walaupun hentam je kan (&_&)?? See….


Bila persoalan timbul dalam kotak fikiran kita.. apa yang akan kita lakukan? Mencari jawapan kepada persoalan tersebut atau membiarkan persoalan tinggal persoalan semata mata.. ceh3.. (^_*)..


Renung2kan dan selamat beramal…

pertanyaan mereka

kawan bertanya soalan begini, terutamanya di saat2 seorng wanita yang terakhir.^_^. sedang dalam keadaan kondisi yang sangat2 tidak memberansangkan (red moon) untuk menjawab setiap pertanyaan yang remeh temeh seperti ini :


Andi, ko ada berapa orang adik beradik? Jawapan : jawab 6
Ko anak keberapa? Jawapan : Bongsu
Atasmu ada berapa? Jawapan : Tak tahulah…. 6 tolak 1 samadengan 7 kali ya? ( siap tolak guna kalkulator plak… hihi.. gilokah apo?)
Berapa pompuan berapa lelaki? Jawapan : Tiada putera suma puteri.. hihi ^_^
Bestlah mama kamu tu kan? Suma pompuan… brapa yang sudah kawen? Jawapan : Satu..
Yang sulung kah sudah kawen? Ada anak?
Jawapan : Yang second, got one daughter… yang kamu tanya2 nie kenapa? Nanti saya bagi kamu senarai latar belakang resume family saya dengan kamu ya.. boleh…? &_&… (wah2 macam dalam rancangan cari menantu plak ya.. T_T)
Kamu suma memang tinggi2kah? Jawapan : yup.. ikut bapak.. mama pun tinggi jugak.. so so lah..(mum, r u reading this?.. *_*).. kalu mau tau lebih lanjut tanyaklah bapak aku sendiri….
Suma nama kamu semua andi kah…? Jawapan : Eya, suma andi…
Owh… bapak mu ada nama andi juga kah..? jawapan : tidak… ruang nama dalam surat beranak tidak mencukupi….
Owh.. napa ko serius tetiba nie…? (soalan ni yang macam nak gigit je telinga mamat tu (=_=`).. kawan dah lama tau…. boleh plak Tanya napa serius tetiba nie….T_T)



kepada semua kawan2 … kalu nak tanya2 pasal remeh temeh macam nie, sila pastikan date for the asking time tu betul.. kalu tak.. alamatnya… jawapan sebijik macam yang kat atas tu.. lagi satu, aku rasa korang masa mula2 kenal ngan aku, mesti aku dah bagitau serba sedikit tentang family aku kan… apasal makhluk tuhan yang paling seksi ni masih nak Tanya soalan yang sama tiap2 tahun…adakah dia lupa atau memang dia sengaja buat2 lupa ataukah dia terlupa yang dia pernah tanya soalan ini sebelum dia lupa pada jawapan ini….T_T.. I pun konfius dah ni.. (*.*)? Dia boring menyoal aku pun buring menjawab sebab jawapannya tak kan berubah.. melainkan kalu ditakdirkan aku tetiba ada seorg adik… mesti aku cakap macam nie…


‘Dulu kitorang beradik ada enam orng, aku yang bongsu dan cumil sekali (terperasanlah aku plak.. (^^.)).. tapi sekarang ada budak tetiba jatuh dari langit yang keberapa ntah... jadilah kitorang 7 beradik…, maka dialah yang paling bongsu dan terpaksalah aku mengcumilkan diriku lebih ~(T_T)~…’


Korang jangan risau ea.. ada pertambahan dalam keluarga aku mesti aku heboh punya. insyAllah.. …^_^.. sayang u`ll.. (^.^)

Saturday, October 17, 2009

panduan untuk makcik2 muda





sapa cakap aku tak boleh jadi makcik terbaik wok?? just follow this tips -(its better don`t)T_T-.. konfom. korang adalah makcik yang paling baik punya.... boleh dapat award lagi tue.. ^_^

Panduan untuk manjadi mak cik yg muda lagi bergaya macam saya ^_^.….


1. Memahami mimik muka anak sedara.. ini sesuatu yg mesti ya makcik2 sekalian.. huhu..^_^ Ini bererti bila anak sedara kita menyambungkan keningnya bukan bermakna dia cuba untuk memikirkan masalah Negara, masalah kewangan atau masalah social yang terjadi kini, ataupun anak sedara kita berlagak seperti orang dewasa… tetapi dia berada dalam keadaan suatu perasaan yang sangat2 menyampah dengan mak cik tu..( T_T).. kesian mak cik tu kan?.. cuba menghiburkan hati budak kecil tapi budak tu menyampah pulak… nasib badanlah labu… dah ko buat buat lawak tak jadi.. budak2 manalah faham lawak jenaka ko.. (T_T).. dan lagi, bila dia muncungkan mulutnya, bukan minta untuk dicium atau menunjuk sesuatu benda mahupun tempat yang dia mahu tuju. Tetapi, it`s a sign for us untuk DIAM… sebab apa tau? Sebab dalam hati budak tu mesti dia cakap macam nie.. ‘apa yang auntie membebel nie…? Kan lebih baik kalu autie dian je.. saya senang, auntie pun senang… autie cakaplah banyak2 pun.. sepatah haram pun saya tak faham’.. (T_T).. hurm.. budak kecik (T_T)

2. Tidak menyekat perjalanan bayi khususnya bayi yang pandai dah merangkak.. ni tidak, kalu boleh mak cik tu nak je gari kaki budak kecil tu.. berjalan mengalahkan orang praktis nak lumba lari… (+_+)… mak cik tu plak siap nak ikat reben je kat kaki budak tu. Tak ke kejam namanya tu...? ingat budak tu apa? Hadiah..? buka2 je.. SURPRISE! A gift for you – A BABY-.. wow.. takyah susah2 nak buat baby dohh., dapat hadiah baby lagi.. segala perbelanjaan sara hidup ditanggung sendiri.. ^^. Then, kalu mak dia tanya napa ikat kaki budak tu, korang jawab jelah.. kan cumil ada reben kat badan budak nie, baru rupa baby.. ye tak? Hehehe… ngeh3..^^.

3. Tahu macamana nak main dengan baby, ini biasa sangatlah kan.. setakat cak cak tu besalah.. aku pun selalu buat… tapi kali ni aku buat advance sikit..^_^. Aku biarkan anak sedara aku main pemetik2 api abah dia, siap buat demo depan dia cara2 untuk menyalakan api yang kuat dan betul,.. nanti besar nanti bolehlah nyalakan api untuk masak kat dapur kan baby? ^_^.… dan anak sedara aku pun fuh… apalagi.. gumbira tengok api.. siap tepuk tangan pulak tu.. ^^.. sangat cute lah u baby (@_@)…tapi time tu aku rasa aneh sikitlah, macam buat pertunjukkan kat sarkas.. T_T.. mak cik makcik yang kat luar sana.. jangan tiru macam saya.. nanti terbakar plak dia degn korang2 sekali….nauzubilla…

4. Then, makanan bayi.. makanan sangat penting untuk baby yang baru belajar nak hidup.. bagi baby yang baru sethun, makanan bubur sangat2lah sesuai.. ini tidak, baby tak sampai setahun, segala junk food makcik dia makan, dia nak jugak, sosej dan biskut tak pa lagi.. nie kalu dah tahap nak makan meggi juga ni yang makcik tak tahan ni nak oii… T_T.. macam2lah anak buah sekarang nie.. tersangat advance.. mak cik2 dulu pun tak macam ni.. betul tak makcik2? ^_^. Makanan bayi haruslah dipanaskan dulu.. tapi yng problemnya sekrang ni tau tak apa? bila makcik tu disuruh panaskan makanan(bubur)… dia panaskan.. tapi sambil panas sambil rasa bubur tu dah panas ka belum… ha.. itulah alasan seorang makcik yang nak makan bubur baby sehingga tinggal tak sampai separuh.. alasan = nak rasa bubur tu panas ke tak. ^^.

5. Last but not least… fahami perasaan anak kecil… bila anak kecil itu menangis, adakah anda sangat berasa terharu kerana menyangka dia sangat2 gembira sehingga menitiskan air mata darah apabila bersama kita?? Tidak! Tidak!. itu hanyalah ilusi semata(T_T)… anak kecil itu menangis kerana dia sedih apabila bersama dengan kita dan bukan ibunya.. betapa pedihnya hatiku ini T_T.. malu dan yang teramat.. T_T. budak2 kecil ni memang tak boleh berjauhan dari ibunya sebab kalu berjauhan sedikit pun, alamatnya, bubuh kapas kat telinglah kan? Yelah.. Dah budak kecil tu menangis meraung2 macam mati anak padahal umur baru setahun jagung. Oo dah gatal eh.. T_T..

Itu adalah antara panduan yang boleh kongsi dengan korang2 kat luar sana yang bergelar makcik2.. sapa cakap aku tak pandai jaga anak kecil? T_T.. see the untielah.. ^^. Harapan saya agar siapa2 yang bergelar makcik2 kat luar sana dapatlah menjadi seorang makcik yang sangat berguna dan dapat mendidik anak sedara korang dengn baik dan sempurna… sesungguhnya, anak kecil itu umpama kain putih yang suci lagi bersih… yang mencorakkan kain itu adalah dari diri kita sendiri… jumpa lagi.. renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^…

Friday, October 16, 2009

renungkan

RasulAllah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"akan datang suatu masa umat lain akan merebutkan kamu ibarat orang-orang yang lapar merebut makanan dalam hidangan."

Sahabat bertanya, "apakah sebab pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit ya RasulAllah?

Dijawab oleh Baginda, "Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu ramai, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung di atas air bah dan dalam jiwamu tertanam kelemahan jiwa.."

Sahabat bertanya, "Apakah yang dimaksudkan kelemahan jiwa ya RasulAllah?"

Baginda menjawab, "Iaitu cintai dunia dan takut mati,"

(Riwayat Abu Daud)


Warkah Syaitan

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan
"Bismillah" sebelum memulai santapanmu,
juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur,
Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya
Aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa
Untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang
Menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan
sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada
orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukkan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu

hey ladies

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


i love this song to much.. why?? becoz.. becoz... i will tell u later... i mean LATER...
i like the lyrics... ia mengingtakan betapa pentingnya untuk kita berhati2 dalm sesuatu.....

ok., mengarut.. sangat2 mengarut.. tido.. zzzzz...

Thursday, October 15, 2009

have u feel that??


have u feel that if someone tell u something that u don wanna hear that?? OMG... i hate it!! serius benci.. benci atas apa yang aku dengar... benci atas apa yang aku tahu pada saat ini, benci pada suatu kebenaran.. YA ALLAH... sabarnya... sigh~

kebenaran sesuatu yg pahit... wekk... pahit macam makan ubat yang doktor suh minum.. apa nama ubat tu? ntahlah, lupa.. tapi kena minum, dahlah pahit, x sedap, kaler pun lain macam, warna macam lumut, x menyerlah langung...camanlah patient nak telan benda alah tu ya?.. bukan paracetamol.. bukan panadol bukan ubat batuk, lupa plak nama dia..ok, stop it natalia... STOP it, mengarut ja..... tapi ubat tu memang pahit.. wekk..... benci........

ok,ok jangan mencarut... jangan mengarut dan jangan melarut..... sigh~

ok, forget about that stupid things, ignore it for a while.. a while? forever is better... go with the wind.... up to the sky, own to the sea.. wink2.....

i tetiba remember pasal semalam yang me and nia sms... tengah2 malam miskol2 ne apahal lu beb? nak tido x reti ker? ahahah... nia, r u reading this? sorry babe.... peace....

sebahagian daripada ceritanya :-

nia : (miskol)

i : uit.. nape? befday ngko ea? hehe

nia : gler ow.. tbe2 befday aku lak.. ngek je ko... kat ne wei, penag or sabah?

i : penang... huhu.. hari ni befday sape ea? bukan ngko ea? aku ingat2 lupa ar..huhu... hah.. x tido kew?

nia : aku zaman jpun ag da lepas befday ak.. keke.. aku tak leh tido, maybe RINDU kat ko.. mueheh.. ko asl x tido? x kuar r ni

i: aku tengh tidolah ni.. ngigau.. haha... dah tido dah tadi terbagun.. aku mimpikan ngko.. mimpi ngeri.. hahahha.. muah

nia : wakakak... siot jer ngko an.. dan2 mimpi ngeri bagai.. haha..muahxx.. nu nyte andy.

i : sape suh ko masuk mimpi aku? terbangunlah jawabnye... heheh

nia : ngek r.. td yeye bagai nak tidow.. kamu balek shah alam bila...? (part ni aku susah skit nak jawab coz kalu boleh aku tak nak balik sana taw.. hihii..)

dan perbualan ini berlangsung seterusnya.. tadi cakap gudnite kan? tapi gudnite change to gudday coz mesej still continue.. hihi.. cumil3

korang nak tau apa tujuan aku tulis suma mesej dari hp aku ke blog ini? sebab aku terharu ada gak org rindukan aku... ok, tipu.. eheheh.. yelah, sebab mengikut survey yang aku buat kat kampus tiap2 hari 60% dari durang cakap aku nie nakal.. nakal ke aku? alah, itu bukan nakal tapi.. ehehhe... hahah.. durang sangat cute.... dahlah cute, baik, sopan, santun, memang wanitalah.... aku pun pompuan jugak cuma agak.. eheheh..... ngeh3... nasiblah korang dapat member yang macam i taw... i know u all readings this...... rite guys???

to all my friends : - sorilah kawan2 sebab dah lama update bolg nie... bukan sombang, bukan menyepi, bukan merajuk, tapi busy skit??? skit?? banyak.. hehehe... tapi musykilnya.. u all baca je ke? komen tak tinggal pun... ni yang konfius nih,,, ahah.. gurau je lah..... miss u all guys.....

Wednesday, October 14, 2009

hurm.. ceritaku


wa.... dah lama rasanya aku ndak masuk en3 nie kan.. wawawa.. bukan apa? sibuk skit.. sikit??? banyak.. haha.. mana mau kejar due date.. assignment.. dan macam2 lagilah..
pengalaman rumah yang agak ndak berapa bagus untuk diceritakan.. biarlah ianya menjadi sejarah..... huehuehue

10 hb yang lalu. ok, straight to the point, dah 4 hari befdayku berlalu, but still wish yang aku terima masih datang.. thanks for u all.. walaupun lewat, as ,long as u remember, it`s ok with me... wink..wink...
ok, gambar di atas tu aku pergi kayak with anie, tapi malangnya baruku sedar yang budak itu adalah seorang yang phobia to water, camanalah dia mandi ea.. heheh.. (anie, r u reading this babe?) haha.. then, aku pergilah berkayak seorang diri dengan buat muka kesian sebb sorang2.. haha..
habis tu, terus isi perut di sate kajang.. eh silap, makan sate kajang baru pergi ke kayak coz i still remember that atas tasik tengah kayak sorang2 boleh plak perut ini sakit yang teramat tetiba.. ni mesti pasal makan banyak kacang dan timun ni.. mana tidaknya, habis timun2 si anie sekali aku bedal.. huhuhu... sate kajang tu memang best.. hehehe.... memang perit sakit perut atas tasik sebab dalam tasik tu xda toilet... open toilet adalah,, tapi harus dijaga2.. hahha.. ok, ridiculous... so mengarut u know... and then kami pergi window shopping, ok, not window but real shopping, anie rembat beberapa stuff yang sangat2 berguna termasuk cooler fan laptop,(macam tau2 ja my cooler fan dah rosak ea?) ekeke.... nak cari cooler fan bukan kerja mudah, harus sabar, sebab price yang dibagi sangat berbeza2 (nak save coz nak balik kg) eheheh....
then kami makan.. dalam makan punya hal, without notice that kedai yang kami makan haritu rupanya2 dah nak tutup, tapi sebab kami`gods2` abng kedai tu maka dapatlah kami makan dengan tenangnya.... makan apa ya waktu tu? chicken rice black pepper.. makan dalam keadaan gelap sebab lampu dah padam dan kerusi meja diangkut.. sabar jelah.. dah kebulur.. nie suma satu org punya pasal.. kata nak belanja makan.. elih2 tak jadi plak.. ehehe.. xpa2, nanti ko....

11. hb kami pergi jalan2 pi carrefour, anie shopping lagi dan lagi membeli jeans yang sangat2 best.... mana x bestnya.. beli satu percuma satu (save beb....)
then balik umah, tido...

12 hb. kami berkemas2 balik ke kampung masing2. kampung, did i just say kampung.. oh shit... i don`t rite????.. coz it make me so sadddddd.. i tak balik kampung pun.. i balik penang tawww... temapt kakak... ok, i? eww.. tukar2.. bahasa `aku` more mesra kan? ngeh2..... aku pergi klia hantar ani and then pergi stesen bus naik pjw 9399 ke pulau pinang.. kebetulan waktu tu hanya 8 orang penunpang.. so aku boleh pilih tempat yang best2 mestilah kat belakang kan? coz tiada orang yang menggangu kehidupanku.... wewewewe
dari jam 6 sampai 10.30. nak minta sponsor flight tiket tapi konfom2 dapat penangan hebat punya.. ahahah.. dalam bus = mabuk darat.. ahahah...

13 hb. semalam. tugas menjaga anak kecik menjadi tanggungjawabku.... akan ku laksanakan dengan baik.. what? good? hello natalia, don`t u remember that u make her crying all the night coz she fell? don`t u?....oloh, kalu nak jatuh tu, akan jatuh jugak, dah takdir kan? ahha. amboi natalia, sedapnya bercakap.. hahah... i promise to myself i akan jaga dia dengan baik2.. baik punyerrrr...
hehhe.. i dah penat nanti i sambung balik k.. ok, i again? owh shitt..... wink wink
.. ok, fine..........

apa akan jadi pada hari2 seterusnya.....?

Friday, October 2, 2009

i like............

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata :

"Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya,Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu."
( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).