lecturer saya menyuruh kami untuk menulis karangan '3 things that i would have at this moment'. dah lama tak menulis karangan, kalau disuruh buat karangan inhalation or exhalation of breathing mechanism tuh bolehlah sikit-sikit... huhuhu.. =.=' berdebar siot nak tulis ayat pertama. last-last, bantai punya pasal, maka inilah yang terjadi, jujur dari akal fikiranku.. huhu
wahai manusia (dear, people) :)
jika saya ditanya apa yang saya inginkan pada masa sekarang. pertama, rumah yang lebih besar, kalau boleh saya nak semua keluarga saya boleh disumbat ke dalam rumah tersebut. rumah tersebut mestilah kaler putih, tempat letak kereta mesti banyak, sebab kalau setakat garaj kereta yang boleh muat dua buah kereta nak buat apa kan? dapurnya mesti luas supaya senang saya nak berlari ambik makanan dan tak terlanggar benda-benda yang lain. selain itu boleh buat bahagian pembersihan rumah dimana setiap kami seorang ada bahagian masing-masing. :) di belakang rumah ada kawasan yang boleh bercucuk tanam sebab saya suka buang air (main air), jadi bila mak saya tanya kenapa membazir, saya boleh menjawab 'manada, lin siram pokok'. hehehe.. lagi satu, bahagian depan, ada ruang untuk saya main bola sepak menggunakan bola keranjang, itu adalah kerja saya dan kakak-kakak saya.. seterusnya, ada taman2 yang indah untuk saya dan keluarga saya mengambil gambar setiap petang.. konon nak temankan mak urus bunga, tup tup, ambik kamera and click it..
kedua, kereta yang lebih besar, kalau boleh lori ataupun bas, jadi senang semua keluarga saya bergerak bersama-sama untuk pergi ke mana-mana, tidak perlu untuk membuat konvoi keluarga kan kan kan? tidak kesah bas jenis apa? bas ekspress atau bas mini, yang penting kereta besar. kalau nak pergi berkelah atau mandi-manda, semua boleh dibawa, kalau banyak ruang, kalau boleh nak angkut satu bilik bersama bilik mandi dan satu almari kalaulah boleh =.='. kereta besar jugak boleh suruh orang duduk-duduk tepi sikit untuk bagi ruang tidur di dalam kereta
ketiga, kamera, kenapa saya memilih kamera? saya pun tidak pasti kenapa? mungkin sebab saya suka tangkap gambar, tidak tidak tidak.. sebab saya suka ditangkap gambar sambil buat poyo.. buat2 malu kucing pwehhh... ramai yang berkata saya ni perasan, tapi, tak mengapa, tidak tercedera pun hati saya. :`).... saya akan menyimpan segala kenangan yang ada di dalam hidup saya. untuk pengetahuan semua, gambar di dalam folder saya memenuhi ruang 41gb. ha, sapa nak jawab tuh? sapa? sapa? *sigh*. itu semua adalah gambar saya. mana tak lembap laptop nih kan kan kan? itu belum gambar-gambar yang diedit lagi.. hu. =.='
itulah dia karangan saya. serius tak karangan saya? serius? teeheee. jika boleh saya ingin mencapai apa yang saya inginkan dalam hidup saya.. sekian. terima kasih.. :`)
2 comments:
haha .. aku p0n lgsg xpna daa wat krngan .. xtw nk tulis apa l0w ttba lcturer m3 bwg tbiat suwu bwat .. hahaha newey .. good writing prenn .. ^^
ehehhe... memang xtau apa dah nak tulis.. dah lama betul tinggalkan bidang penulisan... teeheee...bte.. thanks.. and u like ur writing 2.. :))
Post a Comment