Thursday, March 4, 2010

keronsangku sangat berkilat kini!

okay.. kali ni entry khas untuk wanita yang bertudung... nak buat intro tapi takut melalut tak henti-henti.. jadi direct to the point okay? heee :")

alkisahnya.. tadi saya nak jumpa kawan kat bawah.. lepas tu, saya siap-siap seperti biasa.. then.. lepas saya siap-siap nak bertudung. saya telah mendapati bahawa keronsang saya telah pudar.. saya sedih.... ;` kerana keronsang itu adalah keronsang kesayangan saya.. atau lebih tepat itu adalah satu-satunya keronsang yang saya ada.. hehehe... ayat skema tak boleh blah.. :`)

then lepas saya jumpa dia.... saya cari kat google.. 'how to handle broach'. (betul tak ejaan nih).. okay.. and result dia ntah apa-apa ntah.. peliknya result dia... :`(

kemudian saya teringat seorang makcik yang jual keronsang kat pasar pagi tu ada cakap.. saya panggil dia makcik keronsang (lain macam je panggilan nih).. :`).. makcik tu kata kalau nak kilatkan keronsang, macam ni...

bahan-bahan yang diperlukan:

nail polish remover dan cutex yang colourless, air dan kapas muka

cara-cara:

amik kapas.. then sediakan segelas air..
basahkan kapas dan lap keronsang... keringkan
amik lagi kapas lain dan bubuh nail polish remover kat kapas tu.. jangan banyak sangat
takut lambat 'kering'. bukan kering yang betul-betul 'kering' tapi ala-ala 'kering'...
then baru lapis dengan cutex colourless....
lastly.. keringkan....


ok tak? ok tak? ok tak?.. cara nih elok guna kalau keronsang yang ada permata colour hijau, biru, pink dan macam-macam lagilah..... heheh.. okay? :`)

kalau ada cara-cara menjaga keronsang yang lain bolehlah kita kongsi bersama okay... ;`). sebab saya amat-amat meminati segala jenis keronsang... :`).. walaupun keronsang kini boleh didapati dengan harga RM 1 tetapi kita kenalah jaga barang kita baik-baik.. heeheheh

No comments: