Thursday, January 14, 2010

okaylah kalau macam tu

susah kan nak buat pilihan? kadang kala kita sendiri berbelah bagi untuk buat sesuatu keputusan, luah mati mak, telan mati bapak... tapi kalau orang yang kita sayang betul-betul memahami kita, ini tidak akan terjadi... masa depan bukannya sesuatu yang mudah untuk bertolak ansur.. okay, baiklah, memang benar kita hanya merancang dan Tuhan menentukan, fine.. tapi tanpa usaha atau pengorbanan adakah kita akan mencapai kejayaan.. okay, just a lucky one will get it...

tetapi, kadang kala kita terpaksa melepaskan peluang yang ada.. adakah ini sesuatu yang patut dilakukan.. Omaigod! fenin fenin... tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa (sila baca dengan nada p.ramlee).. ngeee.. mungkin tak ada rezeki kot. mungkin takut kena kejutan budaya kot.. mungkin..mungkin.. ya, pelbagai kemungkinan perlu disematkan di dalam otak fikiran sekarang (cuba berfikiran positif, T_T).. ya,kemungkinan itu adalah sesuatu yang bernas bagi orang yang busy body macam saya...(aku busy body sebab aku sayangkan kau lah weyh). tapi betullah weyh, sayang kot lepaskan peluang tu... belum cuba belum tau.. alang-alang pekasam biar sanpai ke pangkal lengan... wow,, saya dah tahu menggunakan pelbagai peribahasa.. nampaknya saya perlu menghubungi guru bahasa saya, pasti beliau bangga.. hnsf hnsf.. bahaha... okay, nak tambah lagi perbahasa baru, jangan terhantuk baru terngadah... lagi..lagi.. (jap, nak buka kamus peribahasa kat tepi).. =.=

berapa kali diri kita dilanda dilema..? ha.. cuba kira sekarang... banyak kot.. tak terkira... i`m in dilemma now.. kehkheke... poyo siot.... okay mari kita bercerita satu kisah..

pada zaman dahulu ada seorang budak yang tak berapa nak comel.. nak kata tinggi, tak jugaklah, tapi dalam geng dia, dia paling tinggi kot.. nak kata manis.. huh, jauh sekali... nak kata bijak.. err... tu no komen sebab budak tu pemalas tahap gaban, hihi...don`t want tuisyen, no extra class, bilik cikgu macam office dia padahal nak jadi anak angkat cikgu jauh sekali kot... datang sekolah baru macam mak datin, tak nak naik bas, (tak ada class, ok tipu, bas tak lalu umah dia pun), nak naik teksi atau family hantar pagi petang, just give a call, they came to her.. fuh fuh.. berlagak siot.. dia ada 4 bestfriends, bestfriend2 dia comel,

diikuti cerita, mereka bersama2 for three years, mereka ada seorang teacher yang memang best tahap gila garang dia, denda-denda orang pukul-pukul orang, cubit-cubit orang... memang A lah... kalau diikutkan budak pompuan yang tak comel tu dengan seorang bestfren dia je yang rapat dengan teacher tu, masuk bilik teacher tu lari-lari, menari-nari, menyanyi lagu spider - tam.. dan macam-macam yang agak memalukan kalau difirkan kembali..

tapi sayangnya, budak pompuan yang tak comel tu terpaksa meninggalkan sekolah tu kerana atas beberapa sebab, punyalah budak tu sedih gila, bagaikan dunia ini berakhir, tiada lagi tarian poco-poco, tiada lagi musik hard rock, tiada lagi.. tiada lagi.. :(...

sebelum budak tu pergi, budak tu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.. kalau diikutikan budak tu adalah salah seorang pelajar yang agak lemah dan paling malas untuk subjek yang diajar oleh teacher itu T_T... disebabkan oleh budak itu ingin melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan diingatkan oleh teacher itu, budak perempuan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan yang besar.. and fine..

she got an A+ for the exam... dan bila dia dapat keputusan itu, dia terus memeluk erat dan mencium pipi teacher itu sehinggkan dia lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada yang lain dan di saat itulah budak perempuan itu mengucapkan selamat tinggal buat kali pertama dan terakhir.. tiada lagi senyuman yang akan dilihat dari bibir cikgu itu, tiada lagi hari sibuk untuk memilih hadiah sempena hari guru, tiada lagi interkom yang berdengung di mic sekolah, tiada lagi orang yang akan mendendanya, tiada lagi yang akan menyuruhnya menyemak semua buku laporan pelajar-pelajar satu sekolah yang lain (best dowh budak tu, tengok result budak-budak lain)... budak itu memeluk cikgu itu seerat-erat bagaikan tidak mahu melepaskan cikgu itu, bagi budak itu, cikgu itu adalah ibu kepadanya, mengagumi pendidik itu kerana suka akan keazaman pendidik itu untuk melihat anak didiknya menjadi orang yang berguna, pernah menangis kerana cikgu itu, pernah ketawa dengan cikgu itu, pernah terkantoi dengan cikgu itu.. =.=. pernah diketuk oleh cikgu itu, pernah dicubit, dan pernah dipuji sebab buat homework tambahan.. tahniah kepada budak itu.... :P.... bagi pelajar lain, cikgu itu adalah garang dan tegas, tetapi bagi dia, cikgu itu adalah selembut-lembut kapas yang halus dan nyaman.. dia tidak peduli pandangan pelajar lain terhadap cikgu itu kerana dia tahu itu semua adalah tidak benar sama sekali!.. sungguh tidak benar! kerana dia tahu apa yang dilakukan adalah yang tebaik bagi mereka.. atau dalam erti kata lain KAMU SEMUA MEMANG PATUT KENA, SAPA SURUH DEGIL...? (:P).. heeee..

dan dia dipindahkan ke satu sekolah yang baru, yang sangat asing bagi dirinya, yang bukan dari dunianya, yang seakan-akan memulaukan dirinya, yang seakan-akan dirinya hanya seorang diri... naik turun perhimpunan keseorangan... nasib cuma dua tahun je.. tapi dia tabah.. tabah je.. terima jer.. terima.. apa salahnya.. sikit jer pun.. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... sedih, sedih... nak pergi makmal, toilet, kantin, kelas, bengkel keseorangan... semua dilakukan keseorangan.. tiada lagi cikgu yang sama seperti cikgunya dahulu, sehingga dia berharap bahawa dia mahu cikgu itu ditukarkan ke sekolah barunya (nampak sangat tak logik. T_T) tiada yang perasan kehadiran dirinya di sekolah itu... seperti seekor semut yang mengendong ke dalam sekolompok bunga..

sampai di satu tahap, dia terfikir, tak boleh macam nih.. tak boleh!.. kena berdikari.. walaupun lemah, lembut, sopan, santun.. ok ok, tipu semua itu.. Y_Y.. kita kena berdikari.. dan semenjak dari itu, she stands on her foot (betul ke tak nih?).. dia lakukan segala-galanya dengan tawakkal dan buat sehabis baik.... waktu itu, untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik guru merupakan waktu debaran bagi dirinya.. sangat sadis...

dan sehingga kini, budak itu masih berusaha untuk berdikari.. dengan bantuan rakan-rakannya yang sangat baik hati dan sentiasa menyokong budak perempuan itu, T_T terima kasih semua.... sob sob sob... budak itu masih merindui cikgu itu dan ingin MEMBUKTIKAN YANG HASIL DIDIKANNYA MEMBUATKAN ANAK DIDIKNYA BERJAYA... kerana guru itu, dia berada di mana dia berada sekarang kini...

kenapa saya cerita perihal budak itu?...kerana budak itu adalah sangat dekat dengan diri saya, tersangat amat dekat... saya rasa apa yang dia rasa, bersama saya setiap waktu..dia sentiasa merindui cikgu itu, mungkin kerana she feels down and loose now, mungkin kerana takut memilih keputusan, mungkin kerana dia berharap cikgu itu ada didepannya sekarang.... mungkin kerana dia merindui masa lalu.. MUNGKIN..... kerana budak itu adalah segalanya MUNGKIN....

3 comments:

Syue said...

Budak mesti awak kot? :D

Me said...

hahhah.. mana tau nih...??? kekekeke...

Me said...

hhhehe.. mana tau nih?? kikiki