Wednesday, January 27, 2010

homestay paling mantop!

lallalala~ bunyi mercun, kita bersama-sama menghayati kampung kanchong darat.. lalallala. bukan kampung hai pening lalat.. :) hihihi..

best buat homestay kat situ.. serius, macam kat kampung sendiri walaupun ianya memang di sebuah kampung.. macam-macam ada, makcik-makcik pun setuju,pakcik-pakcik, datuk-datuk semuanya mengangguk kepala, angguk-angguk geleng-geleng…

oh, mari kita mulakan cerita.. pada hari sabtu yang lepas. Sabtu? Ok, tipu, jumaat malam sabtu, sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 4 orang pelajar perempuan telah berkunjung ke tempat homestay kampong kanchong darat… (ok tak karangan saya? Heeeee,)

ha, cuba teka sapa yang dapat duduk dengan PENGERUSI HOMESTAY..? (me! me! me!) hehhehe.. terlebih excited… ACIK, u are the best president homestay in the world, kalau ada sms undi konfem saya undi acik, acik comel, sporting, kelakar dan macam-macam lagilah.. hihi.. seriously, thumbs up for angah (acik`s wife) coz u are the best cooker in the world. Teringin nak bawak balik angah ke rumah kitorang untuk masak buat kitorang makan puas-puas sampai gemuk.. heeeeee….tapi, Nak mampus kena dengan acik? T_T..

hari pertama – kitorang sampai tengah malam, drive about hour and a half, sampai kat sana.. taraaaa, angah dah ada kat depan pintu menanti kitorang.. pom pom pom…. Eh silap, hon hon hon.. :) seterusnya, langsung ke dapur dan makan makan dan makan (my feveretttttttt) heeeeee

muka yang excited


geng acik and angah`s house

hehehhe....

driver and si sebelah driver.. T_T


hari kedua – bangun seawal pagi 10 pagi (seawall?? T_T). bangun, sarapan dan apalagi, aktiviti perkampungan bermula…. (part nih paling best, duduk-duduk kat pangkin dan tengok bila gugurnya daun-daun kat pokok, mengambil buah ciku yang kononnya dah masak, tapi yang paling memedihkan hati ialah cukup pakej memalukan diri kerana menyangkakan pokok kopi adalah ‘pokok poppi’ T_T.. bahahah).. habis aktiviti, terus membawa diri ke nilai, ni seperti aktiviti sampingan
dah jalan-jalan ke nilai, tetiba perut nih rasa lapar dan teringat kat angah dan acik, lantas menghidupkan enjin dan pecut seperti pecutnya perut ini berbunyi… T_T.. sampai ke rumah, taking lunch dan oh, we have the visitors from putrajaya.. they want to choose this park homestay to do their activity… that is very greato… good choice.. thumbs up.

pangkin terbaik, nanti bolehlah cerita dengan anak-anak.. ha nak, kat sinilah mak jumpa ayah kamu.. hihiih


we are not kids


Yang paling sadisnya, pernah tak anda semua berada di satu tempat bersendirian dalam hujan tanpa anda kenal sesiapa pun? Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak? YA_SAYA_PERNAH.. bahahhah… malu siot… seboleh-bolehnya saya ditinggalkan di sebuah pasar yang sangat2 asing… nak nangis je kat situ… hurm.. :( kenapa tertinggal kat situ,? UMAI, KAU JAWAB SOALAN NIH.. hahhaha… sebenarnya tak kesah pun.. T_T.. boleh jadi model kat situ, ‘selamat datang ke kampong fening lalat’..
Malam- yabedabedu.. here they come… they go taman tema permainan and play some games. Of courselah dapat hadiah, a little hadiah sebab ‘sekali main dapat hadiah’. Bahaha. Balik rumah, makan dan tidur.. zzzz

gambar yang tercapap. bahaha


Esok pagi – makan sarapan dan balik.. saat ni paling sedih dan tak best sangat.. kenapa? I hate tears!.. hehhhh

It was a great experience that we got, hopefully kitorang boleh pergi sana lagi.. heeee

nah, info untuk yang mencari homestay terbaik wok!,

Tuesday, January 19, 2010

cerita serius

Bukankah saya baru sahaja berhempas pulas, berduyun-duyun keringat melimpah ruah kerana exam? ewww, dramatis.. :).. hihih... kini, physical chemistry becomes a weird dream.. can i say that all my life dedicated for you chemist.. oh, chemistry... :( oh yes baby, of course acara lari-lari di dalam makmal akan bermula ya, di mana ya saya letak lab coat saya, kasut saya dan id saya? di mana semua? mana kalian?, please.. please..please, tolong jangan pergi dari hidup saya, saya sayang kamu wahai lab coat, baju, kasut dan id, serta barang-barang yang lain..? T_T. cepat, pantas dan cekap serta harus aktif.. bahaha...
ok, ok, serius natalia, serius...cuba tampilkan isu tajuk utama berita harian hari ini.. fuh fuh fuh...

gambar ini terjadi pada beberapa hari lepas, serius tak muka..? ngeeee


kerana ini, ya, kerana inilah saya menulis tajuk entry seperti ini, hihihi





ok, sangat serius, bahaha.. tak boleh blah muka kau natalia.. seriuslah sangat-sangat, T_T walaupun hakikatnya sebenarnya waktu tu sangat-sangat excited dapat duduk dekat kuisyen yang empuk, lembut dan empuk serta gebu.., huhuhu... besh-besh... T_T, biasalah tu, dah namanya student kan? huhuhu, agak excited apabila melihat sesuatu yang baru ( suka!!! =.=)

nah, lagi gambar yang kononnya mahu nampakkan keseriusannya, hehehe
serius tak? serius tak? bahaha.. ok, fineee :P


dia nilah yang mengajar saya untuk serius.. percaya tak? heheheh








mereka mengajar saya untuk jadi lebih seirus, ok, tipu.. mengajar untuk lebih ceria.. peaceee......:) hehh walaupun terpaksa berhempas pulas buat laporan, setia disisi dowh... hihi (terima ksih daun keladi, hihi)



dapat tak bayangkan kalau saya serius...? dapat tak? dapat tak? hehehehhe.. jangan cuba-cuba untuk bayangkan.. bahaha.. T_T.. ok, nak tido selepas tenung laporan ini, diulangi TENUNG sahaja, bukan buat satu benda pun.. hihhi.. apa nak jadilah dengan saya nih..? T_T

Monday, January 18, 2010

2 birthday girls on the same day…


birhtday girl.. connie and anie..


salah seorang birthday girl, baju purple square, yang lagi satu sebagai. co-birthday girl.. heheh


happy birthday to you!, happy birthday to you!, happy birthday to you!!,, happy birthday to you!!.. cakpong cakpong.. bum bum bum kebabommmm...!!!!

ya ya terima kasih semua, saya sangat terharu atas sokongan dan kerjasama anda.. ceeecececece.. agak memerasankan diri.. ha-ha-ha… ok, agak keletihan pada masa kini, tapi gagahkan diri untuk postkan benda-benda nih sebelum terlambat dan menjadi basi... ok, tipu, sebelum saya lupa untuk upload entry nih sebenarnya.. T_T wow, best dowh dapat makan free walaupun bukan birthday kita.. hehhe... ok, sesapa nak buat makan-makan untuk hari jadi kawan dia, sila hubungi saya sekarang.. heeee... booo natalia, tak maluuuu.... hik hik hik…

selamat hari jadi kepada kalashini a/p kumar dan connie anak bilong.. semoga anda sentiasa Berjaya dengan apa yang anda lakukan.. semoga panjang umur, murah rezeki dan muda selalu, connie, aku tau kau selalu dengki sebab kalashini selalu lebih muda dari kau tapi pada aku ,..kamu berdua sama sahaja, tetap mantap dan chomel sebab menjadi kawan aku.. bahaha… T_T semoga..semoga..semoga.. dan semoga.. seperti biasa, ucapan malar untuk birthday girl… oh yes,….

Ok, mari kita lihat whos the lucky one that celebrate with them.. heheeh..



inilah budak yang bertuah tu.. huhu.. napa dia nampak tembam weyh?? ish.. budak gemuk.. T_T

Sunday, January 17, 2010

bubur asas ala 0620

yeayyyyy... dah habis exam.. awwwww.. bahagianya kehidupan ini seperti dunia ini aku yang punya.. okay, agak over excited di situ,, ingat natalia, u still have another exam.. don`t get to much... ok, fineeee.

ape nak buat lepas release dari exam nih? ape nak buat? ape nak buat? ha... of course cuci semua baju dan cadar dan cuci semua pen yang pernah kau gigit natalia... bahaha... ok ok.. enough.. enough girls..

ok, enrty kali nih for my mama.. to all my sis, are u reading this? tell mama to read this to make sure her youngest daughter can get into dapur.. hehehhe and try this out.. check out bebeh... pa, u can taste my porridge when i`m back.. k? it`s good for u.. pleaseeeeee... hehehehhe

cara-cara membuat bubur asas yang sedap ala rumah 0620 (tempat tinggal saya nih,, hihihi..)

firstly, sediakan beras secukupnya untuk perut seisi keluarga.. basuh bersih dan masak bubur seperti biasa..

then, masa nak masak tu, bubuh garam (ini yang paling penting), bubuh pati ayam, kalau nak tau pati kiub ayam nih cukup ke tak, pati ayam tu akan mengeluarkan bau pati ayam...

pastu, bubuh serbuk lada putih secukup rasa, kalau nak pedas,bubuh lebih sikit, kalau tak nak pedas, bubuh ala kadar secukup rasa, gaul gaul dan gaul.

in addition, bubuh telur supaya kesedapan bertambah... pastu, bubuh sedikit mentega supaya kesedapan bertambah-tambah.. oh ya, anda jangan risau akan kelemakan mentega kerana our body need an lipid and oil too.. kira macam keseimbangan badanlah...

akhir sekali, gaul sampai masak, jangan hidang panas-panas kerana takut lidah akan melecur.. nanti bubr tak makan, lidah tak merasa... T_T...

hehehe, ya-saya-boleh-menjadi-isteri-mithali.. boleh tak? boleh tak? please please please..... (*@_@*) heheheh.. jejej.. agak sedikit menipu di situ.. nak masuk benang pun tak lulus.. T_T

kenapa saya terharu dengan resepi bubur nih.. sebab inilah makanan exam saya sepanjang minggu.. terima kasih kak wiki kerana sudi mengajar bubur asas yang best nih...

p/s : gambar bubur tak dapat upload sebab nak ambik gambar tapi housemate dah rembat dulu.. huhuu.. sedap tak? nyumm nyumm nyumm

Thursday, January 14, 2010

okaylah kalau macam tu

susah kan nak buat pilihan? kadang kala kita sendiri berbelah bagi untuk buat sesuatu keputusan, luah mati mak, telan mati bapak... tapi kalau orang yang kita sayang betul-betul memahami kita, ini tidak akan terjadi... masa depan bukannya sesuatu yang mudah untuk bertolak ansur.. okay, baiklah, memang benar kita hanya merancang dan Tuhan menentukan, fine.. tapi tanpa usaha atau pengorbanan adakah kita akan mencapai kejayaan.. okay, just a lucky one will get it...

tetapi, kadang kala kita terpaksa melepaskan peluang yang ada.. adakah ini sesuatu yang patut dilakukan.. Omaigod! fenin fenin... tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tak punya apa-apa (sila baca dengan nada p.ramlee).. ngeee.. mungkin tak ada rezeki kot. mungkin takut kena kejutan budaya kot.. mungkin..mungkin.. ya, pelbagai kemungkinan perlu disematkan di dalam otak fikiran sekarang (cuba berfikiran positif, T_T).. ya,kemungkinan itu adalah sesuatu yang bernas bagi orang yang busy body macam saya...(aku busy body sebab aku sayangkan kau lah weyh). tapi betullah weyh, sayang kot lepaskan peluang tu... belum cuba belum tau.. alang-alang pekasam biar sanpai ke pangkal lengan... wow,, saya dah tahu menggunakan pelbagai peribahasa.. nampaknya saya perlu menghubungi guru bahasa saya, pasti beliau bangga.. hnsf hnsf.. bahaha... okay, nak tambah lagi perbahasa baru, jangan terhantuk baru terngadah... lagi..lagi.. (jap, nak buka kamus peribahasa kat tepi).. =.=

berapa kali diri kita dilanda dilema..? ha.. cuba kira sekarang... banyak kot.. tak terkira... i`m in dilemma now.. kehkheke... poyo siot.... okay mari kita bercerita satu kisah..

pada zaman dahulu ada seorang budak yang tak berapa nak comel.. nak kata tinggi, tak jugaklah, tapi dalam geng dia, dia paling tinggi kot.. nak kata manis.. huh, jauh sekali... nak kata bijak.. err... tu no komen sebab budak tu pemalas tahap gaban, hihi...don`t want tuisyen, no extra class, bilik cikgu macam office dia padahal nak jadi anak angkat cikgu jauh sekali kot... datang sekolah baru macam mak datin, tak nak naik bas, (tak ada class, ok tipu, bas tak lalu umah dia pun), nak naik teksi atau family hantar pagi petang, just give a call, they came to her.. fuh fuh.. berlagak siot.. dia ada 4 bestfriends, bestfriend2 dia comel,

diikuti cerita, mereka bersama2 for three years, mereka ada seorang teacher yang memang best tahap gila garang dia, denda-denda orang pukul-pukul orang, cubit-cubit orang... memang A lah... kalau diikutkan budak pompuan yang tak comel tu dengan seorang bestfren dia je yang rapat dengan teacher tu, masuk bilik teacher tu lari-lari, menari-nari, menyanyi lagu spider - tam.. dan macam-macam yang agak memalukan kalau difirkan kembali..

tapi sayangnya, budak pompuan yang tak comel tu terpaksa meninggalkan sekolah tu kerana atas beberapa sebab, punyalah budak tu sedih gila, bagaikan dunia ini berakhir, tiada lagi tarian poco-poco, tiada lagi musik hard rock, tiada lagi.. tiada lagi.. :(...

sebelum budak tu pergi, budak tu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.. kalau diikutikan budak tu adalah salah seorang pelajar yang agak lemah dan paling malas untuk subjek yang diajar oleh teacher itu T_T... disebabkan oleh budak itu ingin melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan diingatkan oleh teacher itu, budak perempuan itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan yang besar.. and fine..

she got an A+ for the exam... dan bila dia dapat keputusan itu, dia terus memeluk erat dan mencium pipi teacher itu sehinggkan dia lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada yang lain dan di saat itulah budak perempuan itu mengucapkan selamat tinggal buat kali pertama dan terakhir.. tiada lagi senyuman yang akan dilihat dari bibir cikgu itu, tiada lagi hari sibuk untuk memilih hadiah sempena hari guru, tiada lagi interkom yang berdengung di mic sekolah, tiada lagi orang yang akan mendendanya, tiada lagi yang akan menyuruhnya menyemak semua buku laporan pelajar-pelajar satu sekolah yang lain (best dowh budak tu, tengok result budak-budak lain)... budak itu memeluk cikgu itu seerat-erat bagaikan tidak mahu melepaskan cikgu itu, bagi budak itu, cikgu itu adalah ibu kepadanya, mengagumi pendidik itu kerana suka akan keazaman pendidik itu untuk melihat anak didiknya menjadi orang yang berguna, pernah menangis kerana cikgu itu, pernah ketawa dengan cikgu itu, pernah terkantoi dengan cikgu itu.. =.=. pernah diketuk oleh cikgu itu, pernah dicubit, dan pernah dipuji sebab buat homework tambahan.. tahniah kepada budak itu.... :P.... bagi pelajar lain, cikgu itu adalah garang dan tegas, tetapi bagi dia, cikgu itu adalah selembut-lembut kapas yang halus dan nyaman.. dia tidak peduli pandangan pelajar lain terhadap cikgu itu kerana dia tahu itu semua adalah tidak benar sama sekali!.. sungguh tidak benar! kerana dia tahu apa yang dilakukan adalah yang tebaik bagi mereka.. atau dalam erti kata lain KAMU SEMUA MEMANG PATUT KENA, SAPA SURUH DEGIL...? (:P).. heeee..

dan dia dipindahkan ke satu sekolah yang baru, yang sangat asing bagi dirinya, yang bukan dari dunianya, yang seakan-akan memulaukan dirinya, yang seakan-akan dirinya hanya seorang diri... naik turun perhimpunan keseorangan... nasib cuma dua tahun je.. tapi dia tabah.. tabah je.. terima jer.. terima.. apa salahnya.. sikit jer pun.. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... sedih, sedih... nak pergi makmal, toilet, kantin, kelas, bengkel keseorangan... semua dilakukan keseorangan.. tiada lagi cikgu yang sama seperti cikgunya dahulu, sehingga dia berharap bahawa dia mahu cikgu itu ditukarkan ke sekolah barunya (nampak sangat tak logik. T_T) tiada yang perasan kehadiran dirinya di sekolah itu... seperti seekor semut yang mengendong ke dalam sekolompok bunga..

sampai di satu tahap, dia terfikir, tak boleh macam nih.. tak boleh!.. kena berdikari.. walaupun lemah, lembut, sopan, santun.. ok ok, tipu semua itu.. Y_Y.. kita kena berdikari.. dan semenjak dari itu, she stands on her foot (betul ke tak nih?).. dia lakukan segala-galanya dengan tawakkal dan buat sehabis baik.... waktu itu, untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik guru merupakan waktu debaran bagi dirinya.. sangat sadis...

dan sehingga kini, budak itu masih berusaha untuk berdikari.. dengan bantuan rakan-rakannya yang sangat baik hati dan sentiasa menyokong budak perempuan itu, T_T terima kasih semua.... sob sob sob... budak itu masih merindui cikgu itu dan ingin MEMBUKTIKAN YANG HASIL DIDIKANNYA MEMBUATKAN ANAK DIDIKNYA BERJAYA... kerana guru itu, dia berada di mana dia berada sekarang kini...

kenapa saya cerita perihal budak itu?...kerana budak itu adalah sangat dekat dengan diri saya, tersangat amat dekat... saya rasa apa yang dia rasa, bersama saya setiap waktu..dia sentiasa merindui cikgu itu, mungkin kerana she feels down and loose now, mungkin kerana takut memilih keputusan, mungkin kerana dia berharap cikgu itu ada didepannya sekarang.... mungkin kerana dia merindui masa lalu.. MUNGKIN..... kerana budak itu adalah segalanya MUNGKIN....

Saturday, January 9, 2010

hand decision make..

just an another day, my big day for my big dream,

please pray for my big big big day, a week i guess? T_T


my friend,

i know it`s not easy for you to choose the best for you, but keep remind that i`m always supporting you on the silent from far far away, the biggest supporter loving you night and day, believe yourself, trusting you, and want the best for you,

i know anywhere it`s just the same, any decision that u choose always will make everyone keep on smiling to you, because you are so special to us.. your been surrounded by people who always love you and want the best for you, so do i, but the decision still on your hand.. think wisely...

yourself, your dream and your future,
get the best for it!

sometimes, we have to sacrifice some to get some,
sometimes we have to be 'selfish' to get success in life,


loving you,
andi sesengal.. (=.=)

Tuesday, January 5, 2010

i did it again

So bad!.. OMG.. always make the same mistake… again.. again.. and again…. It`s just a simple thing that have simple answer but again.. it same goes.. what`s wrong..? T_T..






Ok, now I MISS MY MOM right now.. RIGHT NOW!...:'(










mood : not in a mood to do any work.. :(





ok, i`m back from the moody mood.. teehee... sometimes people did not realized their mistakes.. it should be focus on myself.. T_T...



ok, moody datang kembali, sungguh... t_t

Sunday, January 3, 2010

bakal2 exam

Ok, apabila exam bakal bermula, kuiz melambai-lambai, assignment sentiasa menghantui dan tutorial asyik tersipu-sipu malu, saya masih sempat untuk melakukan beberapa perkara yang amat bermakna, T_T

ini yang patut dilakukan oleh saya.. tsk tsk.. diulangi patut dan harus serta digalakkan.. hihi






tetapi apabila kebosanan mula menular dan membangkit dalam diri, maka.. taraaaa.. inilah dia peperangan yang melibatkan 'the big bang' eh eh silap 'the big bro`s'.. booo




mungkin saya patut menjadi seperti ini,



tetapi saya tetap melakukan ini..






ya-seringkali-saya melihat kuda putih st7083 dirumah saya suatu ketika dahuliu, kini, saya melihat kuda putih yang real.. jejeje... cuma sayang sekali tiada tanduk di depan.. hahaha...


p/s : wish me gud luck for my exam.. terkasar bahasa harap dimaafkan, salah silap harap diampunkan, terambil harap dihalalkan, dan tertumbuk tertampar kat mana-mana harap sangat dikesali..

: semoga berjaya rakan-rakan seperjuanganku.. hehehe

Friday, January 1, 2010

26/12/09














aku melihat ke suatu sudut di mana hanya aku dan Tuhan yang tahu rahsianya..
yang mampu membuatkan aku tersenyum sentiasa,
kini aku bebas, bebas untuk memilih apa yang aku inginkan...
selamat tahun baru aku ucapkan....