Saturday, October 17, 2009
panduan untuk makcik2 muda
sapa cakap aku tak boleh jadi makcik terbaik wok?? just follow this tips -(its better don`t)T_T-.. konfom. korang adalah makcik yang paling baik punya.... boleh dapat award lagi tue.. ^_^
Panduan untuk manjadi mak cik yg muda lagi bergaya macam saya ^_^.….
1. Memahami mimik muka anak sedara.. ini sesuatu yg mesti ya makcik2 sekalian.. huhu..^_^ Ini bererti bila anak sedara kita menyambungkan keningnya bukan bermakna dia cuba untuk memikirkan masalah Negara, masalah kewangan atau masalah social yang terjadi kini, ataupun anak sedara kita berlagak seperti orang dewasa… tetapi dia berada dalam keadaan suatu perasaan yang sangat2 menyampah dengan mak cik tu..( T_T).. kesian mak cik tu kan?.. cuba menghiburkan hati budak kecil tapi budak tu menyampah pulak… nasib badanlah labu… dah ko buat buat lawak tak jadi.. budak2 manalah faham lawak jenaka ko.. (T_T).. dan lagi, bila dia muncungkan mulutnya, bukan minta untuk dicium atau menunjuk sesuatu benda mahupun tempat yang dia mahu tuju. Tetapi, it`s a sign for us untuk DIAM… sebab apa tau? Sebab dalam hati budak tu mesti dia cakap macam nie.. ‘apa yang auntie membebel nie…? Kan lebih baik kalu autie dian je.. saya senang, auntie pun senang… autie cakaplah banyak2 pun.. sepatah haram pun saya tak faham’.. (T_T).. hurm.. budak kecik (T_T)
2. Tidak menyekat perjalanan bayi khususnya bayi yang pandai dah merangkak.. ni tidak, kalu boleh mak cik tu nak je gari kaki budak kecil tu.. berjalan mengalahkan orang praktis nak lumba lari… (+_+)… mak cik tu plak siap nak ikat reben je kat kaki budak tu. Tak ke kejam namanya tu...? ingat budak tu apa? Hadiah..? buka2 je.. SURPRISE! A gift for you – A BABY-.. wow.. takyah susah2 nak buat baby dohh., dapat hadiah baby lagi.. segala perbelanjaan sara hidup ditanggung sendiri.. ^^. Then, kalu mak dia tanya napa ikat kaki budak tu, korang jawab jelah.. kan cumil ada reben kat badan budak nie, baru rupa baby.. ye tak? Hehehe… ngeh3..^^.
3. Tahu macamana nak main dengan baby, ini biasa sangatlah kan.. setakat cak cak tu besalah.. aku pun selalu buat… tapi kali ni aku buat advance sikit..^_^. Aku biarkan anak sedara aku main pemetik2 api abah dia, siap buat demo depan dia cara2 untuk menyalakan api yang kuat dan betul,.. nanti besar nanti bolehlah nyalakan api untuk masak kat dapur kan baby? ^_^.… dan anak sedara aku pun fuh… apalagi.. gumbira tengok api.. siap tepuk tangan pulak tu.. ^^.. sangat cute lah u baby (@_@)…tapi time tu aku rasa aneh sikitlah, macam buat pertunjukkan kat sarkas.. T_T.. mak cik makcik yang kat luar sana.. jangan tiru macam saya.. nanti terbakar plak dia degn korang2 sekali….nauzubilla…
4. Then, makanan bayi.. makanan sangat penting untuk baby yang baru belajar nak hidup.. bagi baby yang baru sethun, makanan bubur sangat2lah sesuai.. ini tidak, baby tak sampai setahun, segala junk food makcik dia makan, dia nak jugak, sosej dan biskut tak pa lagi.. nie kalu dah tahap nak makan meggi juga ni yang makcik tak tahan ni nak oii… T_T.. macam2lah anak buah sekarang nie.. tersangat advance.. mak cik2 dulu pun tak macam ni.. betul tak makcik2? ^_^. Makanan bayi haruslah dipanaskan dulu.. tapi yng problemnya sekrang ni tau tak apa? bila makcik tu disuruh panaskan makanan(bubur)… dia panaskan.. tapi sambil panas sambil rasa bubur tu dah panas ka belum… ha.. itulah alasan seorang makcik yang nak makan bubur baby sehingga tinggal tak sampai separuh.. alasan = nak rasa bubur tu panas ke tak. ^^.
5. Last but not least… fahami perasaan anak kecil… bila anak kecil itu menangis, adakah anda sangat berasa terharu kerana menyangka dia sangat2 gembira sehingga menitiskan air mata darah apabila bersama kita?? Tidak! Tidak!. itu hanyalah ilusi semata(T_T)… anak kecil itu menangis kerana dia sedih apabila bersama dengan kita dan bukan ibunya.. betapa pedihnya hatiku ini T_T.. malu dan yang teramat.. T_T. budak2 kecil ni memang tak boleh berjauhan dari ibunya sebab kalu berjauhan sedikit pun, alamatnya, bubuh kapas kat telinglah kan? Yelah.. Dah budak kecil tu menangis meraung2 macam mati anak padahal umur baru setahun jagung. Oo dah gatal eh.. T_T..
Itu adalah antara panduan yang boleh kongsi dengan korang2 kat luar sana yang bergelar makcik2.. sapa cakap aku tak pandai jaga anak kecil? T_T.. see the untielah.. ^^. Harapan saya agar siapa2 yang bergelar makcik2 kat luar sana dapatlah menjadi seorang makcik yang sangat berguna dan dapat mendidik anak sedara korang dengn baik dan sempurna… sesungguhnya, anak kecil itu umpama kain putih yang suci lagi bersih… yang mencorakkan kain itu adalah dari diri kita sendiri… jumpa lagi.. renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment