Tuesday, October 20, 2009

BROWNIES




BROWNIES..


Sebenarnya brownies ni saya cadang nak buat untuk kawan saya.. anie sempena deepavali special.. tapi tak kesampaian plak coz oven tiada …. So, sapa2 yang ada oven ni.. bolehlah try resepi yang saya dapat ni k.. ^_^.. selamat ,mencuba.. tapi jangan lupa baca bismilah tau.. hihi…

*Hidangan : 36 keping*

*Bahan-bahan*

1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna

¼ cawan (30 g) serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

½ sudu kecil soda bicarbonate

1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts ? dicincang

125 g butter

200 g coklat masakan, dicincang

1 cup (250 g) gula kastor

2 biji telur, dipukul sedikit

1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream)










*Chocolate topping*

150 g (5 oz) coklat masakan

½ cawan krim masam (sour cream)



*Caranya:*

* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.

* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.

* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air
tidak termasuk kedalam butter dan coklat).

* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.

* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.

* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang
tadi.

* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga
semua bahan-bahan sebati.

* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 ? 35
minit (atau sehingga masak).

* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.










*Cara membuat topping:*

* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak
termasuk kedalam butter dan coklat).

* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.

* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan
berkilat.

* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan
macadamia nuts yang berlebihan.

* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.



*Variasi:*

* Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts



Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan
ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim…………


selamat mencuba

No comments: