Wednesday, October 21, 2009

10 hadiah yang takkan dilupakan

banyak hadiah yang saya terima.. and i`m very appreciate those.. so so so lovely... even not expensive but i still LOVE IT so much. seriously i do, ^^,

10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI UNTUK ORANG TERSAYANG

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. (ok, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. T_T, sigh.)

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. (pastikan suma halal disisi agama.. wink..wink...jangan dok menggatal peluk cium segala walaupun tak halal)

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi. (saya suka yang ini..^^, my sister make a shout out post to my mum in the kitchen.. SELAMAT HARI IBU, KAMI SAYANG MAMA.. kind of thatlah.. ^^,)

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” (pastikan ketawa itu ikhlas, janganlah kita buat-buat ketawa padahal cerita yang kita dia sampaikan satu apa pun kita tak faham. kesian dia.. T_T.

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.( tapi lebih baik mengaku jelah kalu masakan tak sedap, ia akan lebih dihargai kerana anda bersikap jujur, kalu terlebih masin cakaplah masin, ini tak, garam satu sudu besar, bubuh dalam makanan, orang kata. emm.. manisnya.. pandai awak masak.. T_T. anehnya..aneh)

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.(untuk selama-lamanya pun tak apa, saya rela (6_6)

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.(bukan dalam bilik termenung baru kita nak hadiahkan wak tu bersendirin ye.)

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi. (jangan buat2 ceria, ianya akan membuatkan kita jadi aneh)

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang. (lebih baik kita buat2 kalah, konfom orang yang kita sayang akan tersenyum lebar)

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.(amin)


ini adalah hadiah yang takkan dilupkan untuk kamu dan saya... hadiah yang lain pun sangat beerti.. ianya sesustu kenangn yang takkan dilupakan kerana ianya menunjukn betapa dalamnya perasaan kamu terhadap orang yang kamu sayang... saya sayang kamu semua.. ^^,

No comments: