Thursday, May 3, 2012

jangan kau hengat


hari itu. itu hari. Semalam saya dengan kawan-kawan saya telah berpakat dalam muafakat satu periuk untuk berjalan-jalan mengambil angin walaupun anginnya diluar,  dan dalam pun angin juga tapi dikeluarkan melalui pengeluaran gas oleh sesetengah manusia yang berada disekeliling.. mihihi,,,

kitorang ada hal sebenarnya tapi memandangkan yang lain dah selesaikan. *alhamdulillah*.. maka kitorang pun... yelah.... you know.. hihii

cerita punya cerita pun tak guna sebab banyak sangat nak diceritakan. tapi yang paling best bila setiap tiga langkah ke hadapan jatuh... naik skelator.. rolling R, eskelatorrr  pun jatuh jugak. malu siot orang ramai tengok kau bertarung hidup mati semata-mata nak imbangkan badan, nak terlanggar tiang, nak terjatuh terguling.. ya, entah kenapa hari itu sangat mendukacitakan.. tidak mengapa. telah berlalu.. :)

habis cerita. tutup. lupakan semua perkara yang memalukan...

kawan upload gambar. (rujuk gambar di bawah). dan disinilah segala-galanya terjadi...



chat facebook.

adek itu : salam akak.... akak ni orang mix kan? 
me : walaikumsalam.. huh? mix? jangankan mix dek, mixer pun takde kat rumah.. :)
adek : oooo.. ingatkan selama ni akak mix.. sorry ye kak.. sebab tuh jarang nak tegur akak
me : no no no.. tak.. kite bukan mix.. kite melayu.. bugis lagi tuh... *ehem2*
adek itu : tapi macam mix.
me : ngeh2.... 


dan memberku pulak ber waiem : Apasal kau nak jujur sangat, aku baru nak bergurau dengan A*****
Me : MOTIF?????
kawan : takde..
Me : Kbai.


ya, memang tidak bermotif.. kerana apa? kerana even saya tipu saya ni mix sekalipun orang takkan percaya. kerana apa? kerana....



#1
Orang mix tidak akan berkelakuan begini.. diulangi TIDAK AKAN.


#2
mahupun mempunyai sifat begini *makan sambil bergambar, mulut mengunyah dalam senyuman.. Kau mampu???


#3 dan #seterusnya tidak sesuai untuk tatapan para penonton. :).. *malulerrasenyer.. :`)*

kan kan kan... betul kan.... oleh itu... MOTIF????? takde... :`)