Saturday, May 5, 2012

besar

kita dah besar kan
masing-masing tau apa itu buruk baik
sakit pulih jatuh bangun
salah silap betul benar

tapi kenapa kau masih begitu.
bukan cara aku untuk pekik terlolong macam kau.

dulu,
 si gadis mengormatimu. 
aku gembira.
si gadis berasa bertuah betapa kau hidup bersamanya
dalam satu.

tapi kini,
si gadis semakin menjauhimu.
jangan tanya kenapa
kau ada jawapannya

tolong,
buang sifat kekurangan ajarmu
dimana adatmu?
yang dulu ada pada dirimu.
yang pernah terduduk dalam kainmu

bukan cara si gadis untuk menyakiti hati orang lain
aku kenal gadis itu,
bukan cara dia untuk menyakiti hati sesiapa
gadis itu tidak berubah
tapi kau
semakin berubah ke lombong hitam yang penuh lecak

kau bangga dengan dirimu?
bangga dengan lelaki yang berada disampingmu?
bangga menjadi teman kepada ramai orang?
yang kau tidak tahu apa itu erti sayang?

kita bukan kanak-kanak
yang harus menjerit jika mahu sesuatu
yang disogok dengan manisan untuk lahirkan senyuman dia wajah
yang perlu dibelai untuk itu

kita dah besar
makin banyak tempuhi hidup
aku merayu kepadamu
kembalilah kepada agamamu
kepada peganganmu
kepada sejadah
kepada yang di-Atas

aku bukan malaikat
aku belajar dari sesiapa yang sudi mengajar aku
tentang perasaan aman di dalam jiwa
tentang kebaikan dan lombong emas jika bersabar.

kenapa aku selalu berdoa 
suapaya aku tidak menjadi sepertimu?
sebab aku..
tidak sanggup menyakiti hati si gadis...