*copyright licensed approved*
Anakku,
jika suatu hari kau lahir ke dunia, tiada apa yang ibu mampu berikan. tiada harta yang menggunung yang boleh ibu kasi kepadamu. Tiada perhiasan berlian untuk tatapanmu.
malah, tiada harta peninggalan ibu kepadamu.
hanya,
kasih sayang yang ibu mampu berikan,
hanya doa yang ibu mampu kasi kepadamu,
hanya senyuman ikhlas ibu lemparkan,
sayang,
mungkin ibu bukan perempuan yang soleh
mungkin bukan juga perempuan yang layak untuk mencium bau jannah,,
ibu banyak berdosa, banyak membuat silap..
cahayaku,
sebelum kelahiranmu, Ibu sentiasa gelisah, resah, dan gundah
bukan kerana ibu tidak merelakan kehadiramu
tidak, tidak sama sekali..
Ibu
Cuma risau
Dapatkah Ibu mendidikmu dengan cemerlang menuju ke
jalan Allah S.W.T?