Friday, April 20, 2012

perempuan, kasut dan si baju

kalau sudah namanya perempuan,

yang bermain di kotak akal.

kasut berkotak-kotak. kasut tinggi. kasut jalan. kasut segala jenis kasut.

bilangannya berkotak-kotak.

itu normal. itulah namanya perempuan. kata si lelaki




tapi ada orang perempuan

dua pasang kasut sukan, dua pasang selipar jepun.

satu pasang kasut bertutup. dan satu sandal untuk kegunaan asas.

itu sahaja.


baju baru banyak. bertimbun-timbun. sampai nak roboh si besi pemegang baju.

tapi dalam celah-celah itu.

kain telekung ada sehelai.

tapi orang perempuan itu.

baju sikit. yang banyak baju aktiviti.

si pemegang besi keringanan. ringan sekali

tapi dalam celah-celah itu.

kain telekung ada lebih dari sehelai.



sangat berbeza.



KAGUM????? SAYA KAGUM.. =)

Thursday, April 19, 2012

sengguk

mata terkatup
kepala tersengguk
bibir mengaup
muka diraup....


jauh awan dari tanah,
rasa jiwa menjadi asing
bibit butir jadi panah
jalan lalu melenggang


kadang diam kadang bicara
mula bait bahu tinggi
gegedang sedia untuk berlari
apakan daya tiada daya

sepohon senduk cantik menjadi
diam dia diam menahan
jangan terlalu ikutkan hati
selalu dipesan selalu dilupakan

Friday, April 13, 2012

keliru

Sudah terlalu lama...



cuba untuk bersikap normal..

tetapi walau cuba berubah sekalipun

tetap sama..

seperti angin.. tetap sama,

seperti api... tetap sama

angin bertenang

api membakar..

tiada yang berubah..

hanya masa dan hantu semalam

tetap sama..

Thursday, April 12, 2012

ok..

*copyright will be approve with licence*

aku bukan manusia yang sempurna.
aku juga diuji dengan sifat amarah.
kata kesat. aku diam sahaja.
senyum. aku senyum sahaja.
menyampah. penat aku ambik hati kau,
elak kau tikam lidah aku, aku tikam lidah kau.


kau punya akal dan perasaan bukan?
kau punya sifat amarah bukan?
dan kau juga tidak suka aku bukan?
persetan dengan semua itu kini.


orang kata sabar,
aku sabar.
ini ujian.
aku redha.
tapi satu tahap.
bait-bait kata dan lagak tingkahmu
diluar tahap kemampuanku..


kini,
hari demi hari aku bersikap begitu dengan kau.
kau heran bukan?
kau tau dari mana aku belajar sikap ini?

dari kau..

kau bukan anak sesiapa untuk aku julang
kau, aku, sama.
umat Nabi. Hamba tuhan. Darah dan kulit yang sama.
Dari tanah kau aku datang.

jadi,
kenapa kau rasa kau sungguh istemewa?
menjadi kegilaan bukan satu kebanggan
menjadi rebutan bukan satu kegembiraan.
satu saat. satu saat.
semua akan hilang.
hilang.


tolong,
jangan berbangga,
jangan bongkak,
pandanglah ke bawah.
langit itu tinggi.
kau mendongak terlalu kerap
nanti leher kau sakit.


jangan tanya,
jika aku mula menjadi kau
kepada kau.
sahaja.


bukan berdendam,
tapi terkadang ingin kau ingat yang
bukan semua orang dapat kau capai.
mengharapkan mereka ikut baju kau
tak perlu kata makian untuk menjadi seperti kau.
aku..
aku punya agama aku sendiri.


cara aku. cara kau. cara kita.
kini.


Monday, April 9, 2012

impi

*adaptation will be approve with licence*

mimpilah setinggi impi,

pergilah sejauh pagi.

andai...

kita juga bisa terperi.

Sunday, April 8, 2012

tolong

*adaptation -copyright will be approve with licence*


Tolong aku,
Jangan berjanji jika tidak mampu melaksanakan,


Bantu aku,
Untuk melupakanmu jika kau tidak lagi ingin mengingatiku,


Lepaskan aku,
Dari permainan rasa ini,


Bebaskan aku,
Dari rantai yang benuh berkunci nan syahdu.


Lemparkan aku,
Sebuah pelangi yang menyerlah setelah gerimis hujan,


Tunjukkan aku,
Bukan keegoanmu.

Saturday, April 7, 2012

anakku

*copyright licensed approved*

Anakku,

jika suatu hari kau lahir ke dunia, tiada apa yang ibu mampu berikan. tiada harta yang menggunung yang boleh ibu kasi kepadamu. Tiada perhiasan berlian untuk tatapanmu.
malah, tiada harta peninggalan ibu kepadamu.

hanya,

kasih sayang yang ibu mampu berikan,
hanya doa yang ibu mampu kasi kepadamu,
hanya senyuman ikhlas ibu lemparkan,

sayang,

mungkin ibu bukan perempuan yang soleh
mungkin bukan juga perempuan yang layak untuk mencium bau jannah,,
ibu banyak berdosa, banyak membuat silap..

cahayaku,

sebelum kelahiranmu, Ibu sentiasa gelisah, resah, dan gundah
bukan kerana ibu tidak merelakan kehadiramu
tidak, tidak sama sekali..

Ibu
Cuma risau
Dapatkah Ibu mendidikmu dengan cemerlang menuju ke






jalan Allah S.W.T?



Thursday, April 5, 2012

karya lima minit

*copyright approved*


lutut kau terketar,tangan kau mengigil, badan kau bergegar
kau mau takut apa,mati itu pasti. mati itu nyata.

bukan auta.

makanlah ubat sebanyak mana, makanlah vitamin sampai kau bosan, makan. makan. sila makan

tapi

kalau sudah tertulis untukmu,
ajalmu sampai disni sayangku.
kau tidak boleh lari kemana
kau nak sembunyi di mana???