Tuesday, March 27, 2012

setelah


usai solat,terpaku di tikar sejadah...

kenapa?

berfikir...

adakah solatku tadi diterima Allah s.wt?

adakah solatku sempurna?

atau aku hanya solat untuk tuntutan sahaja.......




aku - insan lemah.

pernah




kau pernah titip nota nota keinsafan,

kau pernah buang ayat laung laungkan kebaikan,

tapi kau sendiri yang merobek nota nota,

dan kau sendiri yang mensayup mensayupkan suara...



kau pernah tegur jika sayap patah diawangan

bangkit pasti muncul dengan yakin..

tapi kau sendiri..
yang terjun ke dalam gaung sedalam seribu kaki..




kenapa kau PERNAH memberikan nota untuk laungkan SUARA?
jika kau sendiri yang merobek?

Monday, March 26, 2012

penat

larilah kau sejauh mana kau mampu

tapi hanya satu..

selagi hantu itu masih mengejarmu..

kau cuma dapat satu..

KEPENATAN


kau pernah bilang

jangan lari dari hantu semalam dan itu hari

jangan bilang tidak dengan apa yang terjadi..

tapi apa yang kau buat sekarang??

kau lari..

dan hantu itu mengejarmu...

kau berlari lagi...

tapi













masih mengejarmu,


Monday, March 19, 2012

tidak kacak dan tidak cantik


kau tidak kacak, kau tidak cantik.

orang 1 : betul...



kau tidak kacak, kau tidak cantik

orang 2 : tepat sekali...


kau tidak kacak, kau tidak cantik

orang 3 : setuju...



tapi sayang...

orang 1, 2, 3 : perangai lebih kacak dari kau dan budi lebih cantik dari kau. titik.


nota kaki : nah, saya balas untuk puitis email dari kamu.. hahaha


wanita


Duhai wanita,

Indahnya ciptaan Tuhan kita,

dari awal hingga akhir nyawa,

namamu dititip dari bibir kita..



Duhai Wanita...

cantik rupamu,

anggun wajahmu,

sempurna sifatmu,

manis langkah longlaimu...



Duhai wanita...

janganlah engkau menjadi nista,

janganlah engkau menjadi fitnah mereka,

kerana tingah lakumu,

kerana paras rupamu,



wanita..

jangan bersedih untuk yang lain..

cekalkan hati untuk Tuhan..

janji padaku wahai wanita..

air matamu hanya untuk Tuhan...


wanita,

bait - bait katamu menggerun dunia,

tapak tanganmu menggoncang seluruh semesta,

belaian halusmu meruntun kalbu warga Adam....




p/s : Copy right.. dah mintak izin.... terima kasih buat temanku.... *hearts*.. :)


Friday, March 16, 2012

mereka


jika mereka kata aku tiada rasa, aku tersenyum seikhlas hati..


benar kata mereka..

aku tidak punya hati... aku bertanya di mana hati,

aku bertanya di mana rasa, ia milik tuhan kita,

benar sekali!..


itu benar, kamu benar sekali.. tapi bila aku fikir semula,

aku harus mencari hati.. cari.. dan cari...

tidak ketemu!.. aduhai hati!... kenapa begini!.. cari lagi..

dan lagi....

cari dan cari....


si hati :

aduh, aku penat, aku sakit, letih ku rasa..

hentikan... tiada guna!

aku telah kebal dengan semua

apa kau lupa? dengan apa yang terjadi pada rasa???

kau menyeksa dia..

kau sakitkan dia!..


sudah! berhenti! hati.. hati... kau teguh ya hati...

jangan kau disakiti lagi seperti rasa...

RASA ITU HALUS, TAPI TEGUH PADA HATI...

kau dan rasa sama, tapi tidak serupa...

hati dan rasa...

sama,

tapi...

tidak serupa...


adaptation will be approve with licence : =`)



ini..


Tengah malam begini,

aku terfikir sendiri..

kenapa ya, mereka seperti

seperti.....

ahh... biarlah mereka seperti ini..

hidup mereka, mereka punya hati...

opps... hati hati, jangan sampai terhenti..

nanti yahh... mereka juga yang rugi..

hidup ini kan satu realiti..

dimana, ianya pilihan mereka sendiri...

jangan peduli!...

jangan khuatir dalam diri!

mereka itu punya nilai pemikirannya sendiri

jadi kenapa harus susahkan diri??

harus ada sikap pentingkan diri..

barulah hidup bisa berdiri!


dimensi lain :

Kalau aku biarkan, aku senang bukan?

kalau aku biarkan, ia bukan urusan aku kan?

kalau aku biarkan, mereka akan terus hanyut kan?

kalau aku biarkan, aku juga turut berdosa kan?



jadi kapan...

kapan aku bisa biarkan...?

hidup mereka sudah berantakan.

bukan........?


jangan ada yang bilang, persetankan!

kerana mantan

kerana kalian

kerana bicara kalian

kerana tingkah laku kalian

bisa cenderung kepada perbuatan

Syaitan.

kalau


kalau kamu bilang kamu itu betul,

pasti, dalam minda kamu terdetik

satu

satu

satu

keraguan

tentang


BETUL.....

Friday, March 9, 2012

lama

aku seperti lalang,

orang ke kanan,

aku ke kanan,



aku juga seperti rumput,

Dimana angin bertiup,

disitu aku menghala,



dan aku juga seperti kamu,

tidak suka dinilai melalui luaran.