Monday, May 31, 2010
aku terkini terkena
kini saya sedang duduk di atas bangku menghadap ke dinding sambil menaip untuk berfikir apa yang harus dipost ke dalam blog saya.. lama sangat tidak mengupdate kan? ya.. kerana samgat sibuk dengan jadual harian.. terbaru, beberapa minggu lepas saya telah mengambil peperiksaan.. dan cerita mengenai peristiwa yang berlaku masih di dalam microsoft word dan akan diupdate kemudian hari.. harap bersabar ya wahai kamu semua..
sejurus 6 jan selepas peperiksaan tamat, saya telah bercuti bersama salah seorang kakak saya iaitu shanaku ke terengganu.. dan cerita ini masih di dalam karangan saya.. sebab banyak sangat nak cerita, jadi cerita harus diolah terlebih dahulu agar tidak menjela-jela dan merapu-rapu, jadi, penapisan amat penting wahai insan.. :`)
kemudian, bermula cerita di mana inilah cerita saya... bukan bermaksud hidup saya menjadi cerita.. tetapi apa yang saya inginkan penceritaan dalam sebuah kehidupan saya ataupun lebih tepat cerita yang memacu hidup atau ceria yang menjadi hidup saya, kononnnya.. kini, saya mulai merepek...
lagi terkini.. selepas apa yang terjadi, terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi menyokong saya sehingga kini atas apa yang berlaku kepada saya.. hati manusia kan boleh berubah, memang betullah kata orang, manusia berubah walau tidak kira macam mana pun.. apa yang lebih mengharukan, selepas timbulnya kat facebook, text messaging never stop.. lol.. thanks guy for your supports! love u all!...
kini, tiga entry perlu disiapkan.. sibukkan diri untuk kebahagian.. chaiyok2!.. :')
Friday, May 21, 2010
inilah aku
Thursday, May 20, 2010
Tuesday, May 11, 2010
jangan pernah lupa daku
Alangkah indahnya jika berada di rumah.. ok tetiba ingin berada di rumah apabila mendengar lagu-lagu antic yang sering kedengaran di rumah.. I mean lagu yang wajib dipasang di rumah setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur.. huhuh… inilah kehidupan sebagai anak perantauan.. aisesese… macam-macamlah kau ini wahai andi nataliaku *wink wink*.. :`)
Baru selesai exam.. exam hari sabtu dan ahad.. memang best dowh.. terbaik dari ladang! Kalau nak rasa macam mana bestnya boleh je.. korang suruh sekolah korang buat exam hari minggu.. konfem korang rasa apa yang aku rasa… sekolah? Hikhikhiki.. sebut sekolah macam comellah pulak sebab macam budak kecik yang baru lepas ujian bulanan.. Cuma bezanya budak sekolah orangnya comel dan say tidak comel langsung.. hehhehe….. hari ahad hari yang malas bagi aku dan secara jujur.. pergi menjawab dengan mood yang agak kureng.. mungkin sebab perubahan hormon.. huhu..
Lepas exam.. pergi melepak dengan nia ( bukan nama sebenar sebab nama sebenar beliau ialah Nor Atiqah binti Zaiton ). Ahhaha. Akhirnya aku berjaya menghafal nama tersebut dengan lancar dan dengan hidung yang sedikit gatal.. hehe.. melepak bukan gejala yang berfaedah tetapi kadang kala ianya mampu membuatkan otak kita merasa rileks dan akan bersemangat dengan lebih baik. Kononnya. Then, masa tengah bincang-bincang.kononnya. tetiba kaki aku tersepak suatu benda. Alamak! Apa tu? Oh.. kucing rupa-rupanya. Ok, tiada kena mengena pun.. hehe… nasib tak menjerit dengan kuat waktu tu, kalau tak konfem malu seyh… takut kucing kowt.. haha..
Then, terlihat seorang wanita.. ceh.. wanita.. hehe.. seorang wanita memegang bunga.. fuh.. lawa siot bunga tu.. my favourite, white roses.. pelik gak kenapa dia ada bunga tapi aku tiada bunga. Ini tidak adil langsung.. teheee.. *perasanlah kau ni Natalia*.. hehe.. then jalan lagi, jumpa lagi seorang wanita memegang bunga. Tak jeles langsung okay sebab bukan bunga favourite. Hehe.. tapi hairan jugak hari ini hari bunga seduniakah.. yelah, sebab ramai kowt yang pakai bunga di kepala (cekak rambut berbunga). Then I found that today is a MOTHER`s DAY… OH MY GOD.. how can I forgot this special day.. ? huhu.. tapi sempat jugaklah ucap selamat keypad para wanita yang bergelar ibu. Hoiye! Hoiye!.. tapi bila terfikir balik, sweet juga kan? Yalah best kowt dapat bunga.. fuh.. hikhikhik..*sila berhenti merepek sekarang*
‘kadang kala kita tidak akan tahu betapa kita menyayangi seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya, dan pada waktu itulah kita akan meyesali banyak perkara dalam hidup kita tetapi kita sedar bahawa kita telah terlambat untuk menyesal.. so mom.. I LOVE U SO MUCH!!!.. YOU ARE THE ONE THAT I CAN`T NEVER BE REPLACE.. hug mom XOXO..*