Thursday, February 11, 2010

yaduyai. sibuk sekali

Bulan yang teramat-amat sibuk sampai susah nak curi masa untuk update blog.. sorry.... chewahhh… sibuk kuliah, sibuk lab, sibuk laporan, sibuk assignment, sibuk mencari aktiviti yang sibuk dan sibuk dalam menjadi penyibuk yang sibuk, sibuk mencari kawan baru, sibuk suruh kawan mencari kawan baru, sibuk dalam kesibukan kawan yang sibuk, sibuk menluangkan masa untuk orang yang sibuk (padahal diri sendiri sibuk), sibuk untuk hal-hal yang sibuk, sibuk dalam segala-galanya yang sibuk… sibuk melantak.??? Baiklah…. Hihihihi

Pernah tak anda sesibuk ini? Pasti pernah kan? Tapi saya bersyukur kerana dilimpahkan kesibukan yang sibuk.. terima kasih Tuhan.. J kerana melimpahkan saya kesibukan yang sangat saya hargai ini, sungguh. Malah, Saya amat mensyukuri kesibukan saya.. oh.. minta maaf kepada kawan-kawan yang mungkin agak terabai sepanjang kesibukan saya, saya janji saya akan ganti semula masa kita ye.. heeee.. sayang kamu semua… weeee

Kenapa saya suka menjadi orang yang sibuk atau penyibuk? Erm.. sebab saya memang seorang yang penyibuk.. hahhaha… segala benda saya akan tanya.. kenapa? Mengapa? Bagaimana? Mengapa? Dan siapa? Salahkah saya? Hehehe…. Saya suka sibuk kerana saya sapat melupakan masalah saya? Bagi saya, kesibukan itu sesuatu yang nikmat dan kepuasan asalkan tidak melupakan akhirat.. Ok, sapat..? Nampak sangat kesibukan kan kan kan… ‘dapat’… T_T.. dalam hidup berbagai macam masalah, masalah kawan dan masalah diri… nak mengeja pun satu masalah, nak kemas barang pun satu masalah…

manusia tidak akan lari dari masalah.. perlukah lari dari masalah, tidak! Tidak! Tidak! Jangan lari, cari penyelesaian, cara saya ialah menyibukkan diri.. huhuh, sangat tidak relevan bukan,? Huhu.. Bagi saya, itu adalah cara yang terbaik untuk melupakan masalah saya.. bagi saya, banyak benda lain yang kita kena fikir selain masalah kita? Contohnya, nak pakai baju apa untuk kelas esok? Eh, bukankah ianya juga satu masalah?? Tee heee… mereka berkata, ‘andi, hidup ini penuh dengan masalah, masalah tidak akan lari dari hidup kamu, kamu larilah sejauh mana pun, masalah tetap ada’. Yup, saya akui sangat-sangat, tapi adakah seseorang yang cuba melarikan diri dari sesuatu masalah demi kebahagiaan semua, dia dianggap sebagai seorang ‘pengecut’?? kenapa orang lain sentiasa melihat kesalahan orang lain tanpa bertanya sebab dan kenapa ianya terjadi? Adakah kerana orang itu mempunyai sokongan padu sekolompok majority? Dan minority dianggap sebab ‘loser’.. come on babe, hidup harus democracy. Kenapa lemah sangat nih? :P, bukan kerana ingin menegakkan benang yang basah, tetapi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (wah.. semenjak buka ‘kamus’ bahasa nih, semua peribahasa nak keluarkan.. bahaha).. salahkah jika seseorang memperbetulkan apa yang salah? Mungkin kerana orang itu merupakan seorang yang tak ada apa-apa, maka segala benda yang dikatakan hanyalah umpama angin yang lalu melintasi mereka yang lain. Sangat sedih… bukan inginkan sebarang penghargaan atau anugerah. Tidak! Tidak! Tidak! Tidak sama sekali, Cuma, cukuplah menyedari apa yang mereka lakukan itu adalah tidak elok.. bukan salah, bukan betul, Cuma…. Tidak elok barangkali….

‘peduli apa kata orang,’ bolehkah kita buat seperti itu..? ya! Tidak! Ya! Tidak! Tidak! Ya! Ya ya ya tidak tidak tidak.. masalah kan? Huhuhu.. see see.. …. Kita hidup dalam bermasyarakat, disekeliling kita penuh dengan presepsi mereka, tapi bukankah kita perlu menjaga perasaan diri kita sendiri dulu berbanding orang lain, bukankah hidup kita adalah kepunyaan diri kita? Pedulikan kata mereka.. bisakah begitu? Tiada siapa yang akan menjaga hati dan perasaan kita melainkan diri kita sendiri kan… tapi harus diingati, mereka menilai diri kita, baik pada mereka, maka kita adalah baik, buruk pada mereka, maka buruklah kita. Jangan kerana mulut, badan binasa (yezzaaarrrrzzzzz.. heeee)

Yakin pada diri, berdiri dan senyum sambil katakan pada mereka ‘saya ialah saya, kebenaran itu adalah pasti dan betul, katakanlah yang benar walaupun pahit, kerana hanya dengan kebenaran, ketenangan itu dapat digapai, biarpun seribu orang memegang pedang yang tajam diasah, ianya boleh dilentur dengan kebenaran’

“sesungguhnya Allah s.w.t menguji orang-orang yang disayanginya dan ujian itu selaras dengan kekuatan yang diri mereka miliki”

No comments: