Wednesday, November 25, 2009

suatu saat



Kenapa manusia berubah..
kenapa manusia sering sahaja berpaling arah…
manusia sering alpa,
kenapa begini jadinya..?

lari bukan kerana salah,
tegak berdiri bukan bermakna tidak jauh
kekal bukan kerana ingin menentang,
berada disini bukan untuk membutakan mata, memekakkan telinga,

Kenapa kita harus menjaga hati orang lain
Sedangkan diri kita sendiri pun merana,
Tiada siapa yang akan jaga hati kita,
Selain diri kita sendiri, betulkan?

Penat dengan segala-galanya, penat dengan pelbagai ragam manusia, aku manusia, ada tahap kesabarannya.. ada tahap untuk memahami.. berkali-kali..berkali-kali…. Kamu ada perasaan, begitu juga aku… Aku juga tahu marah, aku juga tahu menangis.. ya, aku sering tersenyum, aku sering bergembira, tapi itu bukan bermakna KAMU boleh melakukan sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain… jika hanya mengulang perkataan MAAF boleh meleraikan segala jenis masalah, jadi “MAAF, SAYA BUKAN SEBATANG KAYU”

KADANGKALA KEBENARAN ITU TERLALU PAHIT…..

No comments: