Duhai wanita,
Indahnya ciptaan Tuhan kita,
dari awal hingga akhir nyawa,
namamu dititip dari bibir kita..
Duhai Wanita...
cantik rupamu,
anggun wajahmu,
sempurna sifatmu,
manis langkah longlaimu...
Duhai wanita...
janganlah engkau menjadi nista,
janganlah engkau menjadi fitnah mereka,
kerana tingah lakumu,
kerana paras rupamu,
wanita..
jangan bersedih untuk yang lain..
cekalkan hati untuk Tuhan..
janji padaku wahai wanita..
air matamu hanya untuk Tuhan...
wanita,
bait - bait katamu menggerun dunia,
tapak tanganmu menggoncang seluruh semesta,
belaian halusmu meruntun kalbu warga Adam....
p/s : Copy right.. dah mintak izin.... terima kasih buat temanku.... *hearts*.. :)