*copyright will be approve with licence*
aku bukan manusia yang sempurna.
aku juga diuji dengan sifat amarah.
kata kesat. aku diam sahaja.
senyum. aku senyum sahaja.
menyampah. penat aku ambik hati kau,
elak kau tikam lidah aku, aku tikam lidah kau.
kau punya akal dan perasaan bukan?
kau punya sifat amarah bukan?
dan kau juga tidak suka aku bukan?
persetan dengan semua itu kini.
orang kata sabar,
aku sabar.
ini ujian.
aku redha.
tapi satu tahap.
bait-bait kata dan lagak tingkahmu
diluar tahap kemampuanku..
kini,
hari demi hari aku bersikap begitu dengan kau.
kau heran bukan?
kau tau dari mana aku belajar sikap ini?
dari kau..
kau bukan anak sesiapa untuk aku julang
kau, aku, sama.
umat Nabi. Hamba tuhan. Darah dan kulit yang sama.
Dari tanah kau aku datang.
jadi,
kenapa kau rasa kau sungguh istemewa?
menjadi kegilaan bukan satu kebanggan
menjadi rebutan bukan satu kegembiraan.
satu saat. satu saat.
semua akan hilang.
hilang.
tolong,
jangan berbangga,
jangan bongkak,
pandanglah ke bawah.
langit itu tinggi.
kau mendongak terlalu kerap
nanti leher kau sakit.
jangan tanya,
jika aku mula menjadi kau
kepada kau.
sahaja.
bukan berdendam,
tapi terkadang ingin kau ingat yang
bukan semua orang dapat kau capai.
mengharapkan mereka ikut baju kau
tak perlu kata makian untuk menjadi seperti kau.
aku..
aku punya agama aku sendiri.
cara aku. cara kau. cara kita.
kini.