Sunday, April 24, 2011

katanya..

As - salam semua =)

Orang kata, kalau nak cari lelaki masa depan, cari yang bagus-bagus.. sesuai untuk diri kita, sesuai untuk buat laki untuk masa depan.. hehe, hati mesti mau baik, jiwa mesti mau bersih, perangai mesti mau elok, bukan masa bercinta sahaja mau tunjuk baik, lepas kawen, hampuih. satu pun tarak... =)

mak pernah berkata, nak cari lelaki masa depan mesti ada ekonomi yang stabil.. tak hensem takpa, janji mesti mau cari yang berguna.. yang penting hati baik dan agama kena ada..

kawan kata, cari lelaki masa depan yang, jangan cari yang romantik *muntah*.. sebab orang sekarang bukan boleh percaya sangat. kalau yang mulut manis sangat bak gula dalam gula-gula tuh mesti dia nak apa-apa tuh.. sebelum terkena baik melepas.. *eh, betulke ayat nih?*..

SAYA BERKATA : ok...=)

cuma untuk renungan kita bersama

kenapa orang lain tidak melihat sesuatu pengorbanan yang dilakukan oleh orang lain.. maksud saya setelah dia berkorban jiwa raga sepenuh hati. *Tulah, dah pesan, jangan cintakan 'dunia' cintalah pada yang kekal lebih BAHAGIA..*

pelik bila masa berkasih kasihan dulu punyalah semangat. u jump i jump,.. dan sebagainya.. tanpamu aku tiada hidup, hanya kaulah semangat hidupku.. walaweyh, memang meremang bulu roma kalau terbaca..

dan dan bila kasih sudah beralih.. cinta sudah berpaling... sendiri mau ingatlah teman.. hehehe. =)

tak salah menyanyangi atau cintakan orang lain. tapi harus berpada-padalah, cinta dunia kawan, apa yang dapat? bahagia dunia bukan? itu sementara cuma.... Semua orang tanya saya, tak pernahkah mencintai orang? dan saya jawab mestilah ada.. dan mereka menjawab.'wah diam diam ubi berisi, sorok sorok akhirnya dikorek, siapakah gerangan jejaka itu?' saya membalas. JEJAKA??? do u mean a man???. dan mereka.. 'mestilah, takkan kau cinta kaum sejenis?'.. dah saya pun selamba berkata

salahkah jika cinta orang yang sama jenis. saya cinta mama saya, saya cinta kakak-kakak saya, saya cinta kawan-kawan saya, cikgu-cikgu saya, dan kamu semua.. saya cinta semua orang... salahkah?? dan yang pasti cinta kepada yang SATU. =)

see.. boleh korang semua bayangkan betapa cinta bagi mereka hanya kepada jenis kaum yang lain?

kenapa kalau dikaitkan cinta hanya merujuk kepada sesuatu perhubungan.. saya pelik jika mereka gelak jika

mereka : do u in love?

me : yes, sure

mereka : really?? who?

me : my mom..

mereka : what???

me : why???????

okay okay saya tahu saya dah besar dan tipu jika tak tau apa maksud cinta yang mereka sering tanya.. bagi saya cinta dari mereka yang saya sayang sudah cukup untuk saya merasakan cinta yang sebenar.. saya tak perlu sorang lelaki yang bermanis mulut bermadah kasih bersulam rindu *cheewahh*.. its not what I want...

kalau cinta itu sesuatu yang indah, kenapa tak kawen je terus? hehehe.. kenapa perlu pasangan-pasangan yang bercinta perlu bergaduh dan paling parah tuh sampai berpisah atau dalam erti kata lain break up bro... lepas tuh nanges mengadu domba.. dan dan kalau kena dengan aku ni yang mulut tak boleh tapis memang tambah meraung lah kau kat situ.. bukan sorang dua dah kena, banyak orang dah kena.. mungkin sebab tu kot saya masih.... lalallala...

Saya cinta anda semua kerana Allah, saya sayang anda semua kerana Allah.. bukan kerana anda lawa, bukan kerana anda kaya dan sebagainya.. Allah yang memberi semua itu, Allah yang berhak kepada semua itu, kerana Allah.. =) kerana Allah =).. kerana Allah sahabatku =)

dan cintakanlah saya sebagai sahabat (Fillah) anda kerana Allah s.w.t =)

wasalam.. =)