kawan lama : assalamualaikum alia (nama yang sering digunakannya, bajet2 kalau panggil aku macam tu, aku akan ayu melayulah tuh? hahaha)
me : waalaikumsalam nenek! lama x call aku. apa cer? sombong! (hahaha.. tengok aku mejawab, sepatah orang bagi, berpatah2 aku jawab)
kawan lama : bukan sombonglah tapi cerita panas, (makcik ni kalau gosip2 nombor satu tau, jangan main-main)
me : kesah tak kalau aku tak nak dengar gosip-gosip ni, bukan nak tanya khabar aku, dah makan ke belum? ni gosip jugak ko nak kuarkan.
kawan lama : ini penting lah..
me : kesihatan aku lebih penting (harus ditekankan)
kawan lama : aku tak peduli , aku nak cerita jugak.. bla bla bla...
aku pun hanya mendengar dan berkata yeke? bile? kenapa? bagaimana? siapa?.. dah biasa dah dengar cerita-cerita sensasi ni.. kredit dia, bukan kredit aku pun.. hikhikhikhik...
last2 perbualan
me : takpelah kalu macam tuh...
kawan lama : nape kau rileks sangat nih? dia berkata tentang kau tau tak? kau.. kau... kau... benda tuh dah lama berlalu, tapi masih diperkatakan jugak..
me : LAMA LAMA DIA DIAMLAH TUH... BUKAN BENDA BETUL PUN.. ini bukan kali pertama macam nih.. dah lali je.. kau ni pun satu, toksah nak panjang-panjangkan cerita, baik kau panjangkan balik baju kau tuh.. hahahaha
kawan lama : ish... kau ni, perli nampak... k.lah.. habis topup aku kang!.. assalamualaikum... miss u!
me : waalaikumsalam...
KLIK...
nak tergelak pun ada... yalah, kenapalah boleh timbul benda macam tuh.. macam-macam manusia pun ada. itu tidak ku nafikan.. tapi bagi aku biarlah, orang nak berkata, bercanang sini sana pada orang lain tentang kita biarlah.. biar Tuhan dan kita sahaja yang tahu.. kita ni manusia, ada mulut untuk berbicara, ada fikiran untuk untuk menilai apa yang betul apa yang tidak, ada otak untuk mengintrepitasikan apa yang kita dengar, kita adalah sebaik-baik kejadian bukan?
tapi mungkin orang lain punya pendapat masing-masing. bukan ingin berkata diri ini sempurna, memang selalu ambil port kalau bab-bab gosip nih.. MEMANG TUKANG AMBIK PORT.. ahahah.... tapi tukang penggosip tuh kenalah bersabar dengan permintaan aku ni yang selalu menyuruh penggosip tu berulang kali untuk mengulang gosip tersebut kerana MEMANG SAYA TIDAK AKAN FAHAM.. ahhahah... :D
tapi yang tidak faham sangat..
a)kejadian itu dah lalu, kenapa nak mengungkit lagi.. dah elok-elok diam, nak bergerak jugak.. aku pun tak cakap apa, sebab malas nak melayan, sekali melayan bermaksud aku pun sekali macam mereka
b)dah aku tak ambik *job* tu.. yang tak puas hati sangat kenapa nih? dah terang-terang aku bagi jalan kat kau, ambiklah pastuh duduk situ diam-diam. senang cerita.
c)sejak bila pulak aku cakap macam tuh kat orang lain. eee.. please!. not my deal lah dear!.. *people who know me better, will know me*
d)kenapa perlu mengaitkan orang tidak bersalah jika ini adalah masalah kita berdua?
e)ada jugak orang yang tidak puas hati dengan aku walaupun aku ni hanyalah seorang yang sangat-sangat tidak layak untuk dicemburui.. aku bukan ada apa pun.. rupa paras?! huh.. jauh sekali.. ahahha.. kaya? ketayap adalah.. baik? ahahahah.. fikirlah dua kali.. sopan santun? tersembur bijik mata kawan-kawan aku kalau dorang tau ada orang cakap aku ni sopan santun...
manusia ni penuh dengan kekurangan, terima jelah.. tiada sesiapa yang sempurna.. saya ini tidak sempurna dan sebaik mereka, jadi saya amat berharap agar diri ini diterima.. :)
sekian, terima kasih dan selamat malam.. *betul2 menduga hari yang panjang ini*
banyak yang bertanya kenapa dah lama out of lens.. dan jawapan yang sebenar-benarnya..
itu bukan dunia saya, bukan apa yang saya inginkan, bukan apa yang saya idamkan, sekadar untuk mencari duit poket membeli barang yang kita nak tanpa menyusahkan ibu bapa bolehlah.. tapi untuk terus itu... tidak.... tidak sanggup untuk melihat diri sendiri menjadi boneka anak patung yang bukan diri kita sendiri, terasa seperti mentertawakan diri sendiri.. saiko! memang saiko!.. tidak ingin menjadi plastik yang akan luput. ianya bukan indah, bukan syurga dunia, pesona itu sementara pastinya .. :)
'kadangkala kelebihan itu boleh menjadi satu kelemahan. terimalah kelemahan dengan hati terbuka dan jadikan kelemahan itu sebagai satu kelebihan tampal lah kelemahan dengan kelebihan. :)'